Saturday, 11 June 2016

Mesti Baca! Tips Penampilan Warna Mengikut Hari

Tags


(**)Ini kerana warna merupakan suatu tenaga yang bergetar pada sesuatu frekuensi. Oleh itu dengan memakai pakaian atau aksesori yang sama dengan warna diri, anda mengembangkan frekuensi yang sedia ada dalam diri dan ini secara langsung menjadikan anda lebih berkeyakinan.


(**)Seperti yang anda sedia maklum “a healthy does of confidence can take you far”. Oleh itu, tidak hairanlah apabila seseorang itu berkeyakinan tinggi ianya akan mula terserlah dalam apa jua contohnya kerja-kerja yang dilakukan, komunikasi dengan bos dan rakan sekerja ataupun dalam pembawakkan diri seseorang itusendiri akan turut berubah kerana individu tersebut menjadi seseorang yang mudah disenangi orang ramai disebabkan aura positif yang terhasil dalam dirinya.



(**)Penampilan Mengikut Warna Hari

(**)Selain dari penampilan mengikut warna diri yang saya sebutkan tadi, hari ini ingin saya berkongsi pula tentang bagaimana anda boleh tampak cantik berseri, berkeyakinan dan positif mengikut warna hari.


(**)Tahukah anda bahawa setiap hari dalam seminggu mempunyai warna-warnanya tersendiri? Senarai warna hari dalam seminggu adalah seperti berikut:

(**)ISNIN – PUTIH (Hari untuk sesuatu permulaan yang baik)

(**)SELASA – MERAH JAMBU & VIOLET (Hari Emosi)

(**)RABU – BIRU (Hari Komunikasi)

(**)KHAMIS – KUNING & OREN (Hari untuk membuat perubahan & kesihatan )

(**)JUMAAT – HIJAU (Hari pernafasan)

(**)SABTU – MERAH (Hari untuk bersosial)

(**)AHAD – HITAM (Hari penuh misteri)

(**)Pastinya anda tertanya-tanya, apa yang menentukan warna hari? Ia sebenarnya terletak pada frekuensi yang mendominasi sesuatu hari itu. Sebenarnya terdapat frekuensi di sekeliling kita dan frekuensi ini boleh diukur dengan menggunakan alat “spectrum analyzer”.



(**)Apabila alat ini mengukur frekuensi contohnya pada hari Isnin, ianya akan menunjukkan frekuensi warna putih lebih dominan daripada frekuensi-frekuensi lain yang turut ada disekeliling; yang mana frekuensi tersebut sama adalah 0-279 nanometer. Perkara yang sama akan berlaku pada hari-hari lain, iaitu frekuensi warna yang dominan pada hari tersebut yang menentukan apakah warna hari.

(**)Selain mengenakan pakaian mengikut warna diri, dengan menggayakan pakaian atau memakai sebarang aksesori mengikut warna hari; ini akan meletakkan si pemakai dalam frekuensi yang selari dengan warna hari tersebut. Oleh itu pergeseran frekuensi tidak akan wujud ataupun kurangnya pergeseran frekuensi; yang akan membantu melancarkan perjalanan kerja seharian seseorang.



(**)Selain itu, setiap hari yang berwarna itu juga membawa kelebihan tersendiri yang mana sekiranya kita tahu apakah kelebihan tersebut; we can make a conscious effort to do something on a particular day agar ianya dapat memberikan manfaat kepada diri kita.

(**)Mari kita lihat apakah maksud-maksud disebalik setiap warna hari pula:

(**)ISNIN – PUTIH (Hari untuk sesuatu permulaan yang baik)

(**)SELASA – MERAH JAMBU & VIOLET (Hari Emosi)

(**)RABU – BIRU (Hari Komunikasi)

(**)KHAMIS – KUNING & OREN (Hari untuk membuat perubahan & kesihatan )

(**)JUMAAT – HIJAU (Hari pernafasan)

(**)SABTU – MERAH (Hari untuk bersosial)

(**)AHAD – HITAM (Hari penuh misteri)



(**)Sebagai contoh, sekiranya anda mempunyai satu presentation penting yang perlu dilaksanakan dan mempunyai pilihan hari untuk membuat presentation tersebut, pilihah hari Rabu; kerana pada hari tersebut frekuensi pada bahagian anak tekak akan lebih terangsang memandangkan ianya adalah hari berwarna biru. Kerana itulah hari rabu dikatakan sebagai hari komunikasi.



(**)Kesimpulannya, sekiranya anda pernah mengalami “bad days” sebelum ini, apa kata anda cuba tip ini sebagai suatu eksperimen dan lakukan pemerhatian anda sendiri tentang bagaimana ianya merubah perjalanan hidup anda setiap hari. Pastinya anda akan kagum dengan hasil yang anda dapat!


EmoticonEmoticon