Friday 24 June 2016

Lima Trend Aksesori Patut Ada Raya Ini!

Tags


(**)Aidilfitri semakin tiba! Kepada yang bergelar shopaholic, anda pasti sedang sibuk memilih stail apa yang bakal digayakan di pagi Syawal. Sudah bosan dengan stail lama! Ingin pembaharuan?

(**)1. BEG SANDANG SEPARA BULAN @ HALF MOON


(**)Rekaan geometrik separa bulan ini semakin meraih perhatian dunia fesyen. Tengok sahaja di pentas peragaan Michael Kors dan Victoria Beckham masing-masing memperagakan rekaan unik ini.

(**)2. SANDAL POM POM


(**)Ilham perincian pom pom menjadi kegilaan masa kini. Sama ada anda boleh buat sendiri (DIY)  atau beli sahaja di gedung fesyen terkenal. Trend ini sudah pun berada di pentas Dolce & Gabbana bagi koleksi musim panas 2016.

(**)3. COKER STATEMENT


(**)Masih tidak boleh tinggalkan trend coker yang rasanya lebih dua musim ia tetap berada di pentas peragaan. Sempena Aidilfitri ini apa kata anda cuba padankan bersama coker statement berona emas paten, metalik atau jenis lut sinar. Tinggal dahulu coker hitam yang kian jadi pilihan Instagrammer!


(**)4. BLING GLAMOR


(**)Anting-anting jenis labuh sarat dengan perincian jemeki, kristal atau berlian adalah wajib digayakan pada pagi Syawal. Bukan sahaja tampak eksklusif tetapi anda pasti kelihatan lebih menawan dan cantik!


(**)5. LUXE GODDESS


(**)Hiasan kepala kini kembali menyerikan pentas fesyen. Pelbagai jenis rekaan dan bentuk direka hanya untuk menepati cita rasa wanita yang tidak pernah puas! Apa kata Raya tahun ini anda sembunyikan rambut kusut anda dengan aksesori kepala terpilih.


EmoticonEmoticon