Sunday, 19 June 2016

Ketahui Cara Agar Tubuh Tetap ‘Fit’ & Sihat

Tags


(**)Setiap wanita pasti  inginkan tubuh yang ideal. Namun, ia tidak sempurna jika tidak disertai dengan tubuh fit dan sihat.


(**)Ada banyak cara yang boleh anda lakukan untuk mendapatkan tubuh ideal, fit dan sihat. Selain, rajin bersenam secara rutin, tidur serta rehat yang mencukupi, minum air putih secukupnya, anda juga perlu menjaga pola pemakanan yang sihat, teratur dan seimbang. Tubuh memerlukan nutrisi supaya boleh tumbuh dan berkembang  dengan otot yang kuat, sihat. Selain tubuh menjadi sihat dan ideal, anda pun boleh mendapatkan tubuh yang seksi, sebagai nilai tambahnya.

(**)Untuk itu,  jom ketahui cara agar tubuh tetap fit dan sihat  dengan menyemak beberapa nutrisi penting. Ini adalah kerana makanan yang anda ambil pun sebaiknya mempunyai kandungan nutrisi yang baik dan mencukupi kandungan vitamin, kalori, serat dan mineral yang seimbang. Barulah anda berjaya memperoleh tubuh yang fit dan sihat.

(**)1.Kalsium

(**)Kalsium adalah nutrisi terpenting untuk kesehatan tulang dan otot. Setiap hari tubuh memerlukan 1.200 mg kalsium yang boleh anda  peroleh daripada sayuran hijau, susu atau suplemen tulang.

(**)2.Vitamin C

(**)Sayuran dan buah-buahan dengan kandungan vitamin C membantu melancarkan perjalanan darah dalam tubuh, penyediaan oksigen dan sebagai nutrisi untuk membentuk otot.  Ketika otot dan tulang tercedera, vitamin C amat diperlukan kerana adanya kolagen yang baik untuk tulang dan otot.  Tubuh memerlukan vitamin C, paling sedikit sebanyak 75 mg per hari. Untuk mencukupi keperluan ini cubalah makan sebiji oren atau jus strawberi pada setiap hari.

(**)3. Minyak Ikan

(**)Minyak ikan memiliki Omega 3 untuk meningkatkan insulin sebagai pencegah diabetes. Jika tidak menyukainya atau seorang vegetarian, Omega 3 boleh diperoleh daripada sayuran seperti kacang kenari (canarium) atau biji-bijian.

(**)4. Vitamin B

(**)Vitamin B kompleks seperti vitamin B1, B2, B3, B6, B7 dan B12 adalah komponen pembentuk kekuatan otot anda. Jika sedang berdiet, vitamin B ini sangat anda perlukan.Untuk mencukupi  keperluan vitamin B anda boleh memperolehnya daripada  telur, daging tanpa lemak, sayuran hijau, biji-bijian, kacang-kacangan dan bijirin.

(**)5. Vitamin D & Vitamin E

(**)Vitamin D boleh anda peroleh secara percuma daripada sinaran matahari pada setiap pagi. Manakala vitamin E  amat diperlukan oleh tubuh sebagai antioksidan, pereda stress oxidative, dan sumber makanan penyembuh. Selain pengambilan protein, serat dan lemak sihat, makanan yang sarat vitamin E adalah kacang almond.

(**)Ekstra Tips!

(**)Lebih Cergas… Lebih Energetik

(**)1. Bangun awal – Menahan diri beberapa saat dengan kembali melelapkan mata hanya akan membuatkan anda rasa penat dan mengantuk. Jadi, segera bangun pada saat pertama kali anda terjaga

(**)2. Sarapan kaya protein – Protein dalam makanan dikatakan boleh membantu otak anda berfungsi dengan baik. Cubalah pilih menu sarapan kaya protein, seperti telur, daging atau kacang-kacangan.

(**)3. Minum Air Putih – Jangan culas untuk minum air putih! Menjaga tubuh daripada terhidrasi akan membantu anda memiliki tenaga ketika melakukan aktiviti seharian.


EmoticonEmoticon