Friday 24 June 2016

Kehebatan Madu Buat Kesihatan Tubuh Badan

Tags


(**)Tidak ramai tahu bahawa madu punya kehebatan dalam memulih dan menyembuhkan penyakit. Ia adalah satu bahan semula jadi yang dihasilkan oleh lebah dan mujarab untuk kesihatan tubuh badan.

(**)Pemanis asli ini punya kelebihan dalam memastikan kesihatan tubuh sentiasa terjaga dan sihat sepanjang masa. Senarai kehebatan madu untuk kesihatan.

(**)Membantu mengawal tahap gula dalam darah.
(**)Madu adalah pemanis semula jadi yang mana lebih berkhasiat dari gula. Ketika pemprosesan madu, lazimnya lebah akan membahagikan molekul madu kepada dua iaitu glukosa dan fruktosa yang mana tubuh akan terus menyerapnya untuk impak baik pada tahap kandungan gula dalam darah.

(**)Mampu mengembangkan bakteria baik di dalam perut.
(**)Kajian mendapati dengan mengurangkan pengambilan gula dan lebihkan pengambilan madu boleh mengelakkan efek merbahaya yang tercetus dari bakteria jahat yang ada di dalam usus kita dengan menyalurkan probiotik untuk memperbanyakkan lagi bakteria baik.

(**)Memperbaiki fungsi otak.
(**)Madu asli dipercayai mengandungi sebatian aktif yang mampu mempertingkatkan memori dan merendahkan tahap kemurungan diri.

(**)Menyembuhkan sakit tekak atau batuk.
(**)Umumnya tahu bahawa madu sememangnya satu remedi yang popular dalam melegakan demam kerana kandungan anti-radang serta anti-bakteria. Kajian turut membuktikan yang amalan mengambil madu asli setiap malam mampu melegakan batuk malam dan memberikan tidur yang lena.

(**)Meningkatkan sumber tenaga.
(**)Karbohidrat adalah sumber utama untuk tubuh mendapatkan tenaga dan dengan 17 gram madu pada satu sudu biasa, ia sudah boleh meningkatkan tahap tenaga tubuh ketika bangun dari tidur. Dengan portion kecil madu sudah memadai untuk memberikan tenaga tubuh dan sekaligus untuk mengelakkan dari insulin berlebihan.


EmoticonEmoticon