Thursday, 9 June 2016

HIDUP LEBIH GEMBIRA! 8 TIPS ERATKAN HUBUNGAN DENGAN ORANG DI SEKELILING

Tags


(**)Apa kata kita sama-sama gunakan kesempatan yang ada untuk kebaikan orang di sekeliling? Ia pasti membuatkan hidup lebih bermakna.

(**)Berikut adalah beberapa petua sebagai panduan dan inspirasi:

(**)1. KONGSI PAYUNG

(**)Apabila hujan, kongsi payung anda dengan sesiapa sahaja yang memerlukan – termasuk orang yang tidak dikenali. Perlakuan ini mudah sahaja tetapi begitu bermakna kerana ia petanda rasa timbang rasa masyarakat kita. Siapa tahu satu hari nanti giliran anda pula ditawarkan payung di saat anda memerlukannya?

(**)2. SENYUM!

(**)Senyuman manis mampu menimbulkan rasa senang di hati sesiapa yang melihat, jadi perbanyakkan senyum. Bukan sahaja orang lain gembira, anda juga jadi ceria!

(**)3. UCAPKAN TERIMA KASIH

(**)Pelayan restoran membersihkan meja supaya anda tidak perlu melakukannya. Ucapkanlah terima kasih kepadanya!

(**)4. BERI RUANG

(**)Apabila di dalam tren, bas atau lif yang sesak, masuklah ke dalam seberapa yang boleh agar orang lain juga dapat memasukinya. Cuba bayangkan berapa lamakah agaknya mereka telah menunggu. Jika anda di tempat mereka, sudah pasti anda juga ingin supaya mereka bertimbang rasa!

(**)5. PERLAHANKAN MUZIK

(**)Jangan mainkan muzik anda terlalu kuat, terutama sekali di tempat awam. Bukan semua orang mempunyai citarasa muzik seperti anda. Lebih baik dengar seorang diri sahaja.

(**)6. BERDIRI DI SEBELAH KIRI

(**)Ketika menaiki tangga atau eskalator, ikut peraturan dan berdiri di sebelah kiri untuk memberi laluan kepada mereka yang mungkin sedang mengejar masa.

(**)7. BERBUAL-BUAL

(**)Berinteraksilah dengan orang di meja makan anda. Jangan bermain dengan telefon atau berbalas mesej dengan orang lain! Jika anda tidak berbual dengan orang di hadapan, bagaimana nak tahu kisah menarik yang mereka mungkin ada?

(**)8. TAWARKAN BANTUAN

(**)Akan sentiasa ada mereka yang memerlukan pertolongan anda! Adakah kawan anda bercadang berpindah rumah? Adakan ‘parti mengemas’ dan bantu dia mengemas secara sukarela!


EmoticonEmoticon