Sunday 26 June 2016

Cara Untuk Berhenti Merokok

Tags


(**)Merokok sudah dianggap satu kebiasaan dalam kehidupan kita masa kini. Walhal kita tahu yang ianya merbahaya buat kesihatan tubuh badan si perokok mahupun yang menghidu asap rokok.

(**)Tiada kata susah atau berat untuk berhenti merokok kerana segalanya tergantung pada diri yang mahukan perubahan baik itu ataupun tidak.

(**)Cara untuk berhenti merokok di rencana ini.

(**)1. Tetapkan hari pilihan untuk memulakan ‘hari berhenti rokok’. Hari yang terpilih seperti tarikh hari lahir anda, tarikh hari perkahwinan atau mungkin hari mengenangkan kematian sahabat baik anda yang meninggal dunia disebabkan rokok. Boleh juga jika pilih 1 Ramadan sebagai hari pertama berpuasa dari rokok dan selamanya.

(**)2. Berhenti merokok bersama kawan. Cuba dapatkan seorang kawan, rakan kongsi atau teman sekerja untuk berhenti merokok bersama-sama.

(**)3. Wang bukan habuk. Erti kata lain jangan bazirkan duit anda sewenang-wenangnya. Di penghujung hari, cuba kira dan asingkan sejumlah duit yang selalu dibelanjakan untuk membeli rokok. Adalah lebih elok jika duit yang digunakan ke atas rokok itu digunakan untuk kesenangan anda atau mungkin dibawa kembara keliling dunia.

(**)4. Buangkan semua rokok dan perkakas yang digunakan untuk merokok seperti pemetik api, bekas habuk rokok dan mancis, sebelum memulakan ‘Hari Berhenti Merokok’.

(**)5. Pegang ungkapan “Saya tidak akan merokok lagi sepanjang hidup saya.”

(**)6. Sibukkan diri. Apabila berhenti merokok anda akan berasa gian hendak merokok setiap kali selepas makan atau mungkin ketika bosan dan tertekan. Jadi, sibukkan diri anda dengan melakukan sesuatu atau cuba hobi baru.

(**)7. Cuba dapatkan khidmat nasihat pakar yang mungkin dapat menggantikan nikotin dengan barangan lain (NRT) sekaligus mengurangkan rasa ketagih seperti gum nikotin, ‘nikotin patches’ penyedut nikotin dan juga gula-gula nikotin.

(**)8. Displinkan diri dengan mengatakan ‘Terima Kasih’, saya tidak merokok jika ditawarkan dengan rokok.

(**)9. Awasi berat badan anda. Oleh sebab deria bau dan rasa anda menjadi semakin baik, kemungkinan berat badan anda akan meningkat kerana sebelum ini anda mempunyai rasa kurang selera makan disebabkan oleh nikotin yang terkandung dalam rokok.

(**)10. Jika tidak berjaya dalam percubaan berhenti buat kali pertama, rancanglah untuk cubaan kedua dan seterusnya.


EmoticonEmoticon