Wednesday 22 June 2016

Cara Hilangkan Parut

Tags


(**)Luka pada kulit tubuh secara tidak langsung akan meninggalkan kesan. Tentunya ramai yang ingin mencari jalan dan cara terbaik untuk hilangkan parut. Namun bukan mudah bergantung kepada betapa besar atau tahap luka itu, sekurang-kurangnya anda boleh ikhtiar bagi mengurangkan kesan parut terutama pada bahagian yang jelas kelihatan umum seperti wajah dan tangan.

(**)Tidak hairanlah bagi sesetengah individu yang terpaksa melayari hari dengan parut yang jelas akan mengurangkan tahap keyakinan secara tidak langsung membuat seseorang itu lebih introvert kerana terlalu malu dengan masalah parut ini.

(**)Parut juga terjadi apabila permukaan kulit luka, kesan terbakar, kesan pembedahan atau alahan buat kulit yang sensitif. Kebanyakan parut tidak mempunyai efek rengsa melainkan ia masih belum pulih sepenuhnya dan juga kesan jerawat pada wajah yang mungkin lebih sensitif dan masih aktif.

(**)Ada beberapa cara yang boleh diamalkan menggunakan remedi semula jadi seperti bahan lazim yang boleh di dapati di rumah anda.

(**)Gel Lidah Buaya – tumbuhan yang kaya dengan bahan aktif untuk anti-radang ini juga dapat meredakan kegatalan dan membantu mengalih kulit mati pada parut. Lidah buaya juga mengurangkan bengkak, membantu memulihkan sel kulit rosak dan menjana pembentukan sel kulit baru.

(**)Minyak Tea Tree – Minyak yang mempunyai bahan anti-bakteria ini juga diamalkan dengan kerap dapat menghilangkan kesan parut termasuk parut jerawat dan juga parut pembedahan. Jika ia terlalu pekat, anda boleh campurkan dengan air sebelum menyapunya pada kulit dan ia sama sekali tidak boleh dimakan ya.

(**)Madu – Madu asli juga dapat membantu mengurangkan kesan parut. Ia adalah pelembap semulajadi dan berkesan untuk merawat bekas luka yang akan meningkatkan pertumbuhan semula tisu.

(**)Minyak Zaitun – Jika ia adalah virgin olive oil, ia kaya dengan anti-oksidan dan punyai tahan asid yang lebih tinggi membantu mencerahkan parut. Minyak zaitun biasa pula kaya dengan vitamin E dan K yang bagus untuk kulit dan ia dapat membantu untuk buat parut hilang lebih cepat.

(**)Lemon – Memang banyak kebaikan lemon, antaranya dalah untuk membuang sel kulit mati dengan berkesan kerana ia kata dengan asid alpha hydroxy. Ia dapat membantu sel tumbuh semula dan memberikan keanjalan pada kulit. Ia juga adalah peluntur semulajadi yang dapat mencerahkan parut.

(**)Kayu Manis – Selain untuk memasak, rempah ini juga dapat membantu merawat parut. Campurkan serbuk kayu manis (atau kayu manis yang ditumbuk lumat) dengan sedikit air dan digaul bersama bedak sejuk. Jika anda kerap mengamalkan penggunaannya dapat menghilangkan parut sama ada pada wajah atau bahagian lain.


EmoticonEmoticon