Tuesday 21 June 2016

Cara Hilangkan Bintik Hitam

Tags


(**)Bintik hitam di sekitar wajah boleh mengakibatkan pori wajah tersumbat sekali gus menyebabkan masalah kulit berminyak. Selalunya bintik hitam akan tumbuh di sekitar wajah dan hidung.

(**)Ia juga boleh dianggap sebagai tahap satu untuk masalah jerawat sebelum bakteria memasuki liang pori. Jadi, usah biarkan bintik hitam bermaharajalela di wajah kerana lambat laun ia mengundang masalah lebih serius pada kulit.

(**)singkap tip untuk menghilangkan bintik hitam dengan segera.

(**)Tip 1
(**)Tomato merupakan sumber semula jadi yang kaya dengan kandungan antiseptik yang mana boleh mengeringkan bintik hitam. Ambil sebiji buat tomato, kupas kulitnya dan kisar sehingga lumat. Setiap kali sebelum tidur, sapukan tomato yang dikisar tadi pada wajah. Biarkan semalaman dan bilas wajah dengan air bersih keesokan pagi.

(**)Tip 2
(**)Buah lemon merupakan bahan semula jadi yang juga berkesan dalam menghilangkan bintik hitam. Perah jus buah lemon ke dalam sebuah mangkuk, tambahkan sedikit garam dan kacau sebati. Cuci wajah dengan air suam dan sapukan campuran tersebut di bahagian punya bintik hitam. Biarkan selama 20 minit dan bilas wajah dengan air bersih.

(**)Tip 3
(**)Sapukan beberapa lapisan ubat gigi di atas kulit wajah yang mempunyai bintik hitam. Biarkannya selama 25 minit dan cuci wajah dengan lembut. Amalkan remedi ini setiap dua minggu untuk bebaskan wajah daripada masalah bintik hitam.

(**)Tip 4
(**)Madu merupakan sumber asli yang juga berfungsi sebagai antiseptik tidak kira pada kulit berminyak mahupun bintik hitam. Oles madu ke atas kulit wajah yang mempunyai bintik hitam dan bilas wajah dengan air suam selepas 15 minit.

(**)Tip 5
(**)Sediakan campuran serbuk penaik dan air untuk dijadikan pes. Sapukan pada bahagian kulit wajah yang mengalami masalah bintik hitam. Biarkan ia mengering selama beberapa minit dan cuci dengan air suam untuk membuang terus minyak dan kotoran yang menjadi punca pada bintik hitam.


EmoticonEmoticon