Friday, 10 June 2016

Buatlah Sesuatu Sebelum Orang Tegur Kulit Nampak Tua Dari Usia Sebenar

Tags


(**)Sedih kan apabila ada yang mengatakan usia anda jauh lebih tua. Sedangkan hakikatnya, anda masih muda. Pasti hati terguris. Tapi jangan berfikiran negatif, sebaliknya teliti diri anda. Mungkin wajah anda terlihat tua sebelum waktunya. Kulit wajah yang kering dan kusam menyebabkan proses penuaan berlaku dengan cepat. Jom semak tip agar wajah tampak awet muda.

(**)1. Air Kelapa

(**)Air kelapa bukan sahaja enak diminum tetapi mempunyai khasiat untuk menjaga kecantikan. Amalkan membasuh muka dengan air kelapa, biar sehingga air kelapa kering. Kemudian barulah bilas dengan air bersih. Air kelapa dikatakan dapat membantu membersihkan wajah secara mendalam, menegangkan kulit dan memudarkan parut. Amalkan petua ini setiap hari.

(**)2. Ais

(**)Wajah yang lesu membuatkan kulit tampak kusam. Keletihan pada wajah sukar disembunyikan walaupun dengan solekan tebal. Agar wajah kembali segar bugar, tekap ais pada wajah sebelum bersolek. Ais membantu mengatasi wajah yang sembap dan membuatkan kulit berseri.

(**)3. Skrub Nanas

(**)Tahukah anda nanas mempunyai khasiat untuk membantu menghaluskan kulit. Kisar nanas sehingga hancur, kemudian jadikan skrub untuk menyental wajah. Skrub nanas membuang sel kulit mati dan menjadikan kulit anjal serta tampak muda.

(**)4. Minum Air Putih Secukupnya

(**)Kurang minum air menyebabkan dehidrasi, kulit akan menjadi kering dan menyebabkan proses penuaan berlaku dengan cepat. Garis halus dan kedutan semakin jelas kelihatan pada kulit wajah yang kering. Minum air dua liter sehari, ia membantu membuang toksin secara semulajadi dan mengekalkan kelembapan kulit.

(**)5. Rehat/ Tidur

(**)Jangan ambil mudah soal ini. Pastikan anda mendapat rehat dan tidur yang cukup. Ia membuatkan tubuh dan wajah segar. Ketika tidur, tubuh dan minda dapat berehat, hasilnya kulit juga kelihatan sihat.

(**)6. Senaman Ringan

(**)Bersenam dapat mengekalkan berat badan dan memantapkan stamina. Tubuh juga semakin sihat. Lakukan senaman ringan seperti jogging dan menari. Senaman merangsang sistem hiposis hipotalamus di otak yang mengeluarkan hormon antipenuaan.


EmoticonEmoticon