Monday 13 June 2016

Bacalah Wahai Penggemar 'Cotton Bud'!

Tags


(**)Anda sendiri pun masih guna? Walau sudah dilarang keras penggunaannya, tetapi ramai lagi yang suka menggunakan cotton bud untuk membersihkan telinga. Tambah pula memang sejak kecil ibu ayah dah ajar anak guna cotton bud untuk membersihkan telinga.


(**)Ya, sudah terbukti cotton bud agak berbahaya untuk membersihkan telinga sebab buat anda tekan kotoran telinga semakin ke dalam dan menyebabkan pecahnya gendang telinga.

(**)Lebih parah lagi, cotton bud yang terus digunakan untuk telinga juga boleh menyebabkan infeksi dan keroskan parah pada telinga. Namun ramai yang cukup sukar untuk tinggalkan tabiat buruk ini sebab dah terbiasa guna cotton bud, malah rasanya juga agak puas!


(**)Pakar kesihatan menyatakan bahawa sebenarnya cairan yang dihasilkan telinga (dianggap sebagai kotoran telinga) adalah salah satu cara untuk melindungi telinga. Haaa... lagi terbaik, menyatakan bahawa telinga tak perlu dibersihkan kerana telinga akan bersih dengan sendiri.


(**)Dengan bantuan pergerakan otot wajah ketika anda mengunyah, menggerakkan rahang, menelan, dan menguap, telinga boleh mengeluarkan kotoran di dalam dengan cara perlahan.


(**)Ingat ya, cotton bud tetap tidak digalakkan untuk anda guna. Ukuran, bentuk, dan teksturnya boleh merosakkan rongga telinga, gendang telinga dan menyebabkan tuli.


(**)Berdasarkan satu penelitian yang dilakukan Henry Ford Hospital pada tahun 2011, kebanyakan orang akan pecah gendang telinga dengan penggunaan cotton bud tanpa sedar.


(**)Bukan senang nak buang tabiat yang dah biasa buat, bukan? Walau ada bukti dan pernah berlaku kepada beberapa pesakit, kebanyakan masyarakat tetap pilih cotton bud. Pilihan di tangan anda!


(**)Kalau dah biasa guna macam mana pun, elok cuba elakkan daripada terus guna ya, kaum wanita!


EmoticonEmoticon