(**)Bulan Ramadan seharusnya bukanlah penghalang untuk anda kekal cantik dan mempesona setiap masa. Bagi mengekalkan keserian wajah tentunya memerlukan perawatan secara rutin walaupun dalam masa yang sama anda sedang menjalani ibadah puasa.
(**)Tak sukar untuk mengekalkan wajah yang cantik mempesona. Tidak perlu ke salon atau ke tempat perawatan wajah setiap hari, sebaliknya ada cara-cara yang mudah untuk anda melakukannya sendiri di rumah. Ikuti panduan di bawah:
(**)1. Olahraga
(**)Olahraga bukan sekadar untuk mengekalkan kesihatan malah ia juga membantu kulit anda kelihatan berseri dan bermaya. Biarpun badan terasa lemah kerana berpuasa tetapi teruskanlah berolahraga untuk mengeluarkan peluh. Berpeluh salah satu cara mengeluarkan garam berlebihan dari dalam kulit.
(**)2. Ambil yogurt
(**)Seperti yang diketahui umum, yogurt merupakan salah satu makanan yang mengandungi protein yang baik untuk tubuh. Selain boleh dimakan, tidak salah juga rasanya gunakan sedikit yogurt sebagai masker pada wajah. Pakai sebelum tidur, atau selepas bersahur untuk memastikan kesegaran wajah.
(**)3. Elakkan merias wajah dengan tebal
(**)Berikan waktu untuk beristirahat pada kulit anda. Elakkan merias wajah dengan tebal setiap hari sebagaimana anda biasa amalkan. Rias wajah secukupnya pada bulan Ramadan ini juga salah satu cara untuk merehatkan wajah anda.
(**)4. Amalkan pemakaian masker
(**)Jadikan pemakaian masker sebagai rutin mingguan anda demi menjaga kelembapan kulit wajah. Selain itu, jangan lupa pakai pelembap pada wajah sebelum tidur sebagai langkah tambahan.
(**)5. Bersihkan wajah dari sel-sel kulit yang mati
(**)Mencuci muka dengan cara yang biasa tidak dapat membersihkan permukaan kulit daripada sel-sel kulit mati dengan berkesan. Sel-sel kulit yang mati ini menghalang kulit daripada menghasilkan minyak semulajadi pada permukaan kulit. Jadi, amat penting untuk anda menggunakan produk yang dapat menghilangkan sel-sel kulit mati pada wajah. Pastikan setiap kali selepas melakukannya, anda melembut dan melembapkan kulit wajah sebaiknya.
(**)6. Elakkan sinar UV
(**)Terdedah pada sinar UV yang keterlaluan boleh merosakkan kulit wajah malah mempercepat proses penuaan. Pastikan anda sentiasa memakai produk yang memberi perlindungan sinar UV pada wajah setiap hari, lebih-lebih lagi apabila perlu berada di luar.
(**)7. Minum air secukupnya
(**)Air amat penting untuk tubuh bukan sekadar untuk kesihatan tetapi juga untuk menjaga kelembapan kulit. Air putih terutamanya amat baik bagi menjaga keanjalan kulit. Tubuh yang cukup air bukan sahaja terpelihara keanjalannya malah kelihatan lembap, lembut dan berseri.
(**)8. Makan makanan berserat
(**)Mengambil makanan yang banyak serat terutama sumber buah-buahan dan sayur-sayuran menyediakan anda dengan zat penyembuhan untuk kulit. Jadi, pastikan anda mengambil banyak buah-buahan dan sayur-sayuran ketika bersahur dan berbuka puasa agar kulit anda kekal sihat dan cantik.
EmoticonEmoticon