(**)Kesempatan bersolat tarawih hanya ada pada bulan suci Ramadan; sekali dalam setahun. Ketahui nikmat Bulan Suci Ramadan ini.
(**)Biasanya bulan suci Ramadan menjadi momen penting buat seluruh umat Islam untuk melakukan pendekatan diri kepada Allah s.w.t dalam beribadah. Ramadan juga akan mengingatkan kita pada suatu bulan yang penuh dengan rahsia kebaikan dan keutamaan. Bulan suci Ramadan juga mampu mengubah sesiapa sahaja menjadi lebih baik akhlaknya.
(**)Tambahan pula, ia merupakan bulan di mana orang beriman mempunyai kesempatan yang begitu luas untuk berdoa kepada Allah s.w.t. . Sesungguhnya pada waktu-waktu mustajab (ketika berdoa –permintaannya itu berpeluang besar untuk dikabulkan Allah),khususnya sepanjang bulan suci Ramadan.
(**)Manfaatkan Tiap Kesempatan
(**)Jadi, manfaatkanlah kesempatan yang ada itu dengan mengajukan pelbagai permintaan kepada Allah s.w.t. Jangan penat atau berputus asa untuk ‘merayu’Nya, kerana Allah s.w.t tidak pernah berasa penat ataupun bosan untuk mendengar doa, rayuan, rintihan ataupun permintaan hambaNya.
(**)Tiada kata-kata indah boleh diungkapkan untuk kenikmatan dan rahsia bulan suci Ramadan. Bahkan, kedatangan Ramadan juga tidak hanya memberikan kemeriahan dan nikmat sewaktu bersahur dan berbuka puasa. Hadirnya bulan suci Ramadan turut bersama satu aktiviti tambahan yang rutin dilakukan oleh seluruh umat Islam iaitu solat Tarawih.
(**)Jangan lepaskan kesempatan paling berharga ini kerana solat tarawih hanya ada pada bulan Ramadan; sekali dalam setahun dan terlalu banyak fadilatnya. Mungkin inilah saatnya untuk kita bebaskan diri daripada stress setelah seharian berpenat di tempat kerja. Ketenangan dan kedamaian hati itu bakal kita miliki.
(**)Ekstra Tips!
(**)7 Tips Produktif di Bulan Ramadan
(**)1. Ikhlaskan niat; dan penuhi hari-hari dengan doa kepada Allah untuk memberkati bulan suci Ramadan yang sedang anda lalui.
(**)2. Buatlah perencanaan harian. Tentukan tiga target yang anda mahu lakukan esok hari. Lakukan setiap malam sebelum masuk tidur. Kemudian, renungkan ia kembali / catatlah pencapaian pada hari itu pada diari /nota peribadi anda.
(**)3. Jangan melambat-lambatkan waktu sahur. Bangunlah sejam sebelum fajar terbit, dan makan dengan pengambilan zat yang seimbang dan cukup.
(**)4. Mulailah mengerjakan target harian setelah fajar. Upayakan, 1 atau 2 target telah dapat kita selesaikan pada waktu itu.
(**)5. Sesuaikan jadual kegiatan harian anda dengan waktu solat.
(**)6. Berikan waktu sejam per hari hanya untuk membaca Al Qur’an.
(**)7. Berbukalah dengan kurma dan susu, atau kurma dan air; lalu solat Maghrib, kemudian dilanjutkan dengan menikmati hidangan yang sedikit berat.
EmoticonEmoticon