Sunday 12 June 2016

6 Tip Subur Untuk Pasangan Yang Mahukan Anak Cepat

Tags


(**)Kehadiran anak sebagai penyeri rumah tangga menjadi dambaan setiap pasangan yang akan berkahwin. Namun, bukan semua pasangan beruntung memiliki cahaya mata sebagaimana yang dirancang. Pelbagai cara dan usaha telah dilakukan tetapi masih belum ada petanda bakal hamil.


(**)Ramai yang menyangka faktor utama tidak boleh hamil adalah rahim yang lemah. Wanita mula dipersalahkan kerana menjadi punca utama dan dilabelkan sebagai mandul.


(**)Menurut kaedah perubatan, faktor penyebab ketidaksuburan wanita berkaitan dengan masalah berkaitan ovulasi (penghasilan telur) dan saluran fallopio yang tersumbat.


(**)1. Masalah ovulasi
(**)Obesiti dan sindrom polycystic ovarian yang menyebabkan hormon tidak seimbang selain penyakit kronik dan pembedahan pada ovari.


(**)2. Saluran fallopio tersumbat atau rosak
(**)Disebabkan endometriosis, jangkitan penyakit kelamin (STD) atau pembedahan pelvis sebelumnya.


(**)3. Lelaki juga boleh menjadi punca
(**)Jumlah dan kualiti sperma yang kurang. Punca utamanya merokok dan obesiti.


(**)4. Punca lain
(**)Masalah hormon, demam campak, kecederaan dan terdedah kepada bahan kimia dan radiasi juga menyumbang kepada masalah sperma.


(**)Macam mana pun tiada punca khusus yang dapat dikenal pasti. Rawatan kesuburan masih diperlukan untuk membolehkan wanita berjaya hamil. Paling penting, jangan cepat putus asa kerana rezeki kalau Allah nak bagi, in shaa Allah akan tiba.

(**)Tip Kesuburan

(**)1. Pilih amalan hidup yang sihat. Mengekalkan berat badan yang ideal bagi membantu kitaran haid dan membolehkan ovulasi berlaku secara teratur.

(**)2. Pengambilan makanan yang sihat dan seimbang, membolehkan badan dan organ berfungsi secara optimum.

(**)3. Berhenti merokok untuk membolehkan peningkatan jumlah dan kualiti sperma.

(**)4. Tingkatkan hubungan kelamin dua hingga tiga kali seminggu semasa waktu subur.

(**)5. Elak kebiasaan memakai seluar dalam ketat atau pergi ke sauna untuk pasangan lelaki.

(**)6. Dapatkan rawatan awal jika kitaran haid tidak teratur. Berkemungkinan wanita mengalami masalah hormon tidak stabil.


EmoticonEmoticon