(**)Proses Urutan Wajah
(**)Luangkan hanya 4 minit untuk melakukan kaedah urutan wajah. Cuba ingat setiap langkah berikut dan jadikan ia sebagai salah satu aktiviti harian anda. Gunakan sentuhan ringan serta lembut dengan menggunakan jari. Buat dalam gerakan ke atas dan seterusnya dibawa ke bawah luar wajah.
(**)Langkah Pertama Urutan Wajah
(**)Gunakan bahagian belakang tangan, kenakan tekanan yang lembut terhadap kulit serta sekitar rahang di bawah dagu untuk merangsang sel kulit sekitar bahagian berkenaan. Tukar tangan, dongak leher dan urut seluruh bahagian bawah leher merangkumi telinga kanan ke kiri.
(**)Langkah Kedua Urutan Wajah
(**)Ambil jari telunjuk dan jari hantu, tekan perlahan pada bahagian rahang dalam pergerakan sekata bermula dari dagu hingga ke telinga.
(**)Langkah Ketiga Urutan Wajah
(**)Susun jari kedua-dua belah tangan secara menegak, tunjukan ke tengah dahi dengan kedudukan ibu jari berada di rahang. Rapatkan tangan secara perlahan-lahan. Kekalkan kedudukan selama tiga hingga empat saat dan ulang.
(**)Langkah Keempat Urutan Wajah
(**)Kenakan tekanan secara ringan dengan meletakkan kedua belah tapak tangan di bawah dagu. Pastikan jari telunjuk berada di depan telinga. Tekan perlahan dan biar selama tiga hingga empat saat dan ulang.
(**)Langkah Kelima Urutan Wajah
(**)Genggam jari dan tekan lembut ke bawah dagu manakala ibu jari menekan lembut menghala ke atas pada sekitar mulut, di bawah hidung, sekitar lubang hidung serta kelopak hidung. Urutan ini dapat membantu memperbaiki peredaran darah dan menyingkirkan toksin.
(**)Langkah Keenam Urutan Wajah
(**)Gunakan hujung jari, tekan sepanjang tulang bahagian atas tulang pipi dan urut dalam gerakan ke atas untuk penyingkiran toksin.
(**)Langkah Ketujuh Urutan Wajah
(**)Ambil jari hantu dan jari manis, tekan perlahan selama lima saat bermula di bahagian atas batang hidung bawa sehingga hujung kening(pelipis).
(**)Langkah Kelapan Urutan Wajah
(**)Gunakan jari manis dan picit menggunakan kadar tekanan yang perlahan pada bahagian bawah mata. Tarik menghala ke bahagian kelopak mata(pejamkan mata)
(**)Langkah Kesembilan Urutan Wajah
(**)Bawa kedua telapak tangan dan letak di bahagian antara kening dan anak rambut. Usap bahagian berkenaan dengan lembut dan perlahan. Urutan pada bahagian berkenaan dapat mengurangkan kehadiran garis halus pada wajah.
(**)Langkah Kesepuluh Urutan Wajah
(**)Tutup mata, rapatkan tapak tangan ke muka. Kedap wajah dengan perlahan sehingga wajah dapat merasai kesan tarikan. Tekan wajah perlahan, biarkan untuk beberapa saat dan ulang.
(**)Langkah terakhir Urutan Wajah
(**)Akhir sekali, gunakan telapak tangan serta jari dan tekan menggunakan tangan kanan ke seluruh bahagian sisi leher sebelah kiri. Lakukan pada pangkal leher hingga rahang. Ulang gerakan yang sama menggunakan tangan kiri.
EmoticonEmoticon