Tuesday 3 May 2016

Wah, Banyaknya Khasiat Petai!

Tags


(**)Pokok petai merupakan sejenis tumbuhan dalam famili Fabaceae yang berasal dari kawasan Asia Tenggara yang beriklim panas lembap.Pokok ini selalunya tumbuh meliar di dalam hutan-hutan Malaysia, Indonesia, Brunei dan Thailand, tetapi jarang didapati selain kawasan Asia Selatan.


(**)Pokok petai atau dalam bahasa saintifiknya disebut Parkia Speciosa mempunyai salut berbentuk papan yang panjang, dengan isi kacangnya yang berwarna hijau terang serta saiz dan bentuk seperti kacang almond namun mempunyai bau yang busuk dan kurang menyenangkan.Walaupun rasanya agak pahit jika dimakan mentah, tetapi ia sedap dimakan begitu bersama sambal belacan.Bau busuk yang agak kuat yang keluar dari petai adalah bau gas metana semulajadi yang tersimpan dalam isi kekacangnya.

(**)Khasiat Petai

(**)Stress
(**)Stress berisiko mempercepatkan metabolisme tubuh dan mengurangkan kalium dalam tubuh. Kalium berguna untuk menstabilkan degupan jantung dan melancarkan aliran oksigen ke otak. Jadi, untuk menghilangkan stress, anda memerlukan kalium dan petai memiliki kandungan kalium yang cukup tinggi.

(**)Gigitan Nyamuk
(**)Satu amalan yang biasanya dilakukan orang kampung ialah menggunakan kulit petai untuk mengurangkan kesan gatal gigitan serangga dan nyamuk. Kulit petai digosok pada bahagian yang kena gigit. Insyaalah, rasa gatal, sakit, bengkak, kerengsaan atau lebam akan beransur kurang.

(**)Menyembuhkan Anemia
(**)Dengan kandungan zat besi yang tinggi, petai dapat menstimulasi pengeluaran sel darah merah dan membantu apabila terjadi anemia.

(**)Ketuat
(**)Letakkan biji petai pada bahagian yang terkena ketuat. Gunakan plaster atau kain untuk melekatkan biji petai di bahagian ketuat itu.

(**)Kesihatan Mata
(**)Petai memiliki kandungan vitamin A yang cukup tinggi. Vitamin A bermanfaat untuk menjaga kesihatan kornea mata.

(**)Berat Badan Yang Berlebihan
(**)Dengan memakan petai, kita dapat mengawal badan daripada ketagih mengambil makanan berkarbohidrat tinggi. Dengan cara itu dapat mengatasi masalah berat badan berlebihan.

(**)Jantung dan Strok
(**)Petai mampu menstabilkan degupan jantung. Tekanan darah yang dijaga sempurna akan mengurangkan risiko diserang penyakit jantung dan strok. Kajian membuktikan pemakanan petai secara teratur mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sehingga 40%.

(**)Kemurungan
(**)Keputusan kaji selidik di kalangan orang yang mengalami kemurungan, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan petai. Ini kerana petai mengandungi tryptophan, sejenis protein yang badan bertukar kepada serotonin, yang yang dapat menjadikan orang lebih tenang, gembira dan emosi lebih stabil.

(**)Penyejuk Badan
(**)Petai boleh menurunkan suhu fizikal dan emosi, termasuk kepada ibu-ibu mengandung. Di Belanda, wanita hamil memakan petai untuk memastikan bayi yang dilahirkan dengan suhu yang sejuk.

(**)Sembelit
(**)Petai mengandungi serat yang berguna untuk melancarkan pencernaa. Bagi mereka yang sering mengalami masalah ini, memakan petai dapat membantu anda.

(**)Merawat Deman Kuning
(**)Bahagian daun petai boleh digunakan untuk merawat demam kuning. Caranya ialah dengan merebus daun petai di mana kemudian airnya diminum dan ulang beberapa kali.

(**)Meningkat Tumpuan
(**)Kalium dalampetai mampu meningkatkan tumpuan dan kemampuan otal seterusnya berfungsi untuk membantu meningkatkan daya ingatan.

(**)PMS
(**)Vitamin B6 petai membantu mengawal paras gula dalam darah dan membantu wanita yang mengalami mood tidak stabil ketika berdepan sindrom didatangi haid.


EmoticonEmoticon