Thursday 5 May 2016

Turunkan Berat Badan Dengan Makanan Seimbang

Tags


(**)Ramai yang bercakap tentang makanan seimbang, tetapi apa sebenarnya yang dimasudkan dengan makanan seimbang.


(**)Adakah anda benar-benar memahaminya? Bagi yang masih belum memahaminya,Makanan seimbang merupakan makanan yang perlu dimakan untuk memastikan tubuh badan seseorang berfungsi dengan normal. Ini adalah kerana makanan seimbang mampu memberikan kita tenaga.

(**)Amalan pemakanan sihat merupakan salah satu faktor penting bagi mendapatkan kesihatan tubuh badan yang sihat.

(**)Makanan Seimbang Merangkumi:

(**)– Karbohidrat

(**)Karbohidrat menyumbangkan kira-kira 50% daripada pengambilan tenaga yang diperlukan oleh tubuh badan manusia. Karbohidrat terdiri daripada gula seperti gula, glukos, sirap, madu, laktos, manakala kanji pula terdiri daripada tepung gandum, kentang, ubi kayu dan kanji tulin daripada koko serta beberapa selulosa, gam dan pektin. Karbohidrat banyak terdapat dalam bijiran seperti beras, gandum , dan sebagainya.



(**)– Protein

(**)Protein mengandungi beberapa zat seperti asid amino.Pprotein kelas pertama boleh diperoleh daripada haiwan, sementara protein sayuran pula mengandungi protein kelas kedua dan juga sedikit protein dari kelas pertama.



(**)– Lemak Secara Optimum

(**)Lemak menyediakan lebih dua kali ganda nilai kalori yang diperoleh daripada sumber karbohidrat dan ia merupakan sumber utama lemak dalam tubuh. Selain itu,lemak berperanan sebagai penebat dengan menghalang haba keluar daripada badan dan membantu memanaskan badan apabila seseorang terdedah kepada suhu persekitaran yang terlalu sejuk.

(**)Pengambilan lemak yang berlebihan boleh memudaratkan kesihatan kerana lemak yang tidak digunakan akan disimpan di dalam badan dan akan menyebabkan berat badan bertambah dan menjadikan seseorang itu gemuk. Lemak yang berlebihan juga boleh menyebabkan saluran arteri tersumbat dan menjadi penyebab kepada penyakit jantung koronari.



(**)– Bahan Galian

(**)Bahan galian mengandungi bahan bukan organik yang penting kepada pemakanan manusia. Ia berperanan dalam pembentukan struktur tulang dan tisu organik serta cairan badan seperti hemoglobin darah. Zat mineral banyak terdapat dalam susu dan telur selain di dalam buah-buahan dan sayur- sayuran.



(**)– Vitamin

(**)Vitamin adalah bahan kimia yang terkandung di dalam kebanyakan makanan. Ia membantu tubuh untuk mengurai unsur asas makanan, protein, karbohidrat dan lemak. sesetengah vitamin turut terbabit dalam penghasilan sel darah, hormon, bahan genetik di dalam sistem saraf.



(**)– Asid Lemak

(**)Makanan yang dapat memberikan tenaga boleh membina otot yang diperlukan serta menjauhkan diri daripada mendapat penyakit.



(**)Terdapat 3 Kelompok Makanan Yang Memberikan Kebaikan Kepada Tubuh Badan Kita

(**)Makanan Yang Memberikan Tenaga
(**)Makanan ruji masyarakat malaysia ialah nasi putih. Oleh itu, nasi merupakan kelompok makanan yang memberikan tenaga. Makanan lain yang turut menghasilkan tenaga termasuklah jenis bijirin yang diperbuat daripada jagung, gandum, beras, bali, ubi keledek, keladi, ubi kayu dan juga kentang. selain itu, makanan yang mengandungi gula seperti gula pasir, sirap dan juga madu turut memberikan tenaga.



(**)Makanan Yang Membina Badan
(**)Protein dikategorikan di dalam kelompok makanan yang membina badan. Ia membina sel-sel atau jaringan tisu di dalam tubuh badan kita. Sumber makanan yang kaya dengan protein ialah ikan, ketam, sotong, ayam dan juga lembu. Jika tubuh badan anda kekurangan protein, ia boleh membantutkan pertumbuhan otot seseorang dan membuatkan seseorang itu menjadi lesu.



(**)Makanan Yang Boleh Menjauhi Penyakit
(**)Makanan yang boleh menjauhi penyakit termasuklah sayur-sayuran serta buah-buahan. Makanan jenis ini membekalkan tubuh dengan tahap kekebalan tubuh untuk melawan penyakit. Walaupun begitu, ada juga sesetengah daripada kita yang mengamalkan diet pemakanan yang salah seperti tidak mengambil sarapan pagi, ketagih kepada snek dan makanan ringan, gemar akan makanan segera, makanan manis dan suka makan pada lewat malam.

(**)Pengambilan makanan yang tidak seimbang dan tidak sihat akan mendorong kepada berat badan yang berlebihan justeru membawa kepada pelbagai jenis penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi, kolesterol tinggi, gout, sakit jantung dan sebagainya. Tubuh badan akan menjadi tidak berkualiti serta anda akan mengalami julat umur yang pendek.


(**)Kesan pengambilan makanan yang tidak seimbang akan serta merta menyebabkan tubuh badan memperoleh gizi yang tidak seimbang. Kekurangan nutrien tertentu juga akan menyebabkan pelbagai penyakit seperti seperti perut buncit, pertumbuhan badan dan otak terencat, kehilangan selera makan, dan badan lemah. Kekurangan vitamin C akan membuatkan tubuh badan menjadi lemah dan sentiasa mengalami sesak nafas serta gusi membengkak serta mudah berdarah.

(**)Pengambilan garam berlebihan akan mengakibatkan ginjal atau buah pinggang gagal berfungsi. Osteoporosis pula berlaku kerana kekurangan jisim tulang akibat pengambilan kalsium yang tidak mencukupi dalam zat. Malah, sakit jantung kebiasaannya berlaku apabila tahap kolesterol dalam darah kian meningkat.Oleh itu, anda perlulah bijak mengatur jadual pemakanan sihat sebagai makanan harian anda.


EmoticonEmoticon