(**)Stress sangat dengan tumit kaki pecah, kering, kasar malahan terasa ketika menapak di lantai. Ianya terjadi kerana kekurangan vitamin, mineral (zink dan zat besi), dan omega 3.
(**)Selain guna krim atau losyen, ada satu lagi petua boleh anda cuba, dengan merendamkan kaki ke dalam ubat kumur.
(**)Caranya dengan menyediakan :
(**)250 ml ubat kumur
(**)250 ml cuka
(**)500 ml air suam
(**)Campurkan kesemua bahan dalam sebuah besen. Bersihkan kaki dan rendam dalam campuran selama 20 minit. Tambah air panas sedikit demi sedikit untuk membuat suhu air tetap hangat.
(**)Rendaman ini akan membuatkan kaki terasa sejuk. Selain itu, kaki juga akan terasa lebih segar dan jauh lebih lembut. Campuran ini boleh jadi salah satu resipi eksfoliasi kaki yang sangat berkesan. Anda boleh melakukan rawatan ini setiap hari ataupun mengikut keperluan, sampai tumit kaki pecah-pecah hilang.
(**)Rahsia mengapa campuran ini sangat berkesan adalah kerana ubat kumur mengandungi Thymol. Bahan ini akan membunuh bakteria pada kaki. Campuran kedua adalah cuka. Cuka mengandungi asid yang boleh menghakis enamel pada gigi. Jika kedua-dua cecair ini disatukan maka ianya boleh membuat tumit kaki jadi halus.
EmoticonEmoticon