Wednesday, 25 May 2016

Tips Jaga Badan Supaya ‘Maintain’ Kurus Tanpa Diet

Tags


(**)Bercakap tentang soal berat badan yang berlebihan, apa sahaja makanan yang masuk ke dalam tubuh sering dipersalahkan.Biasanya makanan yang mengandungi gula serta kalori yang berlebihan adalah punca utamanya. Malahan stok energi yang berlebihan turut tersimpan di dalam tubuh dan mengundang perut menjadi buncit.


(**)Untuk mendapatkan perut leper atau rata tidak bermakna anda harus mengikat perut. Tubuh tetap memerlukan energi, begitu juga dengan perut yang harus diisi. Cara paling tepat untuk mendapatkan perut rata ialah dengan memilih makanan yang tepat.

(**)Apakah makanan yang harus diambil untuk menjaga badan atau tubuh supaya maintain kurus? Semak!

(**)Sarapanlah Dengan Bijirin
(**)Oatmeal adalah makanan yang mengandungi kadar serat yang tinggi. Serat, sama juga seperti air, tidak mengandung gula dan rendah kalori. Serat oatmeal akan membuatkan anda berasa kenyang dan bertahan lama di perut sehingga anda tidak berasa lapar dalam tempoh yang agak lama.Selain anda dapat mengurangkan pengambilan gula serta kebiasaan anda ‘mengudap’, oatmeal juga mampu menurunkan kadar kolesterol di dalam tubuh. Sebaiknya pilihlah oatmeal dengan rasa tawar atau yang mengandungi potongan buah-buahan kering jika anda mahukan sedikit rasa yang manis.

(**)Pilih Kudapan Yang Sebaik-Baiknya
(**)Jika teringin untuk ‘mengudap’, anda disarankan memilih jenis kacang-kacangan. Semua jenis kacang bagus untuk dijadikan bahan kudapan. Tetapi sebaik-baiknya pilihlah almond atau kacang badam kerana ia membantu meratakan perut. Badam juga dapat menurunkan kadar gula darah yang meningkat selepas anda makan. Anda boleh mengambil 24 butir kacang per hari untuk menjaga kadar kalori. Pastikan juga kacang yang anda makan itu tidak mengandung garam ya.

(**)Telur Sebagai Sarapan Alternatif
(**)Telur mengandungi banyak mineral seperti vitamin B12 yang membantu melancarkan metabolisme lemak di dalam tubuh. Situasi ini akan membuatkan penggumpulan lemak juga dengan mudah terbakar ketika anda melakukan aktiviti.Selain itu juga, pengambilan telur tersenarai dalam makanan sihat. Bukan itu sahaja, malahan terdapat kajian mengatakan bahawa orang bersarapan dengan telur pada setiap pagi dengan mudah dapat menurunkan berat badan berbanding dengan mereka yang kerap makan roti pada setiap pagi.

(**)Nikmati Keenakan Buah Beri
(**)Buah beri memiliki kandungan serat yang tinggi. Semangkuk beri setara dengan 6 gram serat yang akan membuatkan anda berasa kenyang selama berjam-jam. Perasaan kenyang inilah yang akan mencegah anda untuk menjamah sebarang kudapan walaupun mulut anda terasa cukup gatal untuk menikmatinya.

(**)Bertukarlah Kepada Minyak Zaitun
(**)Semua orang memerlukan lemak dalam kadar yang cukup untuk mengawal rasa lapar. Untuk lemak yang sihat, anda boleh memilih minyak zaitun sebagai ganti minyak untuk menggoreng. Minyak zaitun akan membantu menjaga kadar kolesterol agar tetap rendah serta menahan nafsu makan anda.

(**)Pilih Daging Daripada Unggas Atau Ikan
(**)Ketika penghadaman makanan, tubuh memerlukan kalori sebagai bahan bakar untuk bekerja. Dibandingkan dengan karbohidrat dan lemak, tubuh dipaksa bekerja keras untuk penghadaman protein sehingga pembakaran kalorinya jauh lebih besar.

(**)Jadi dibandingkan pengambilan daging lembu yang banyak lemaknya, maka sebaiknya pilihlah daging dari unggas atau ikan saja kerena rendah lemak, namun tetap kaya akan protein. Anda juga boleh mencuba pengambilan ikan salmon atau tuna yang kaya dengan Omega-3 yang dapat mencegah penimbunan lemak di dalam perut.


EmoticonEmoticon