(**)Boleh dikatakan ramai wanita lebih selesa menggunakan blaus tanpa lengan ketika keluar bekerja atau bersiar-siar bersama rakan. Namun ramai yang tersalah pilih potongan menjadikan mereka kelihatan tidak menarik dan kurang berkeyakinan di hadapan orang ramai.
(**)Dengan itu, Wanista berpeluang mendapatkan tips daripada pakar Cik Yana Husin yang merupakan seorang Perunding Imej dan bertanyakan lebih lanjut akan hal keyakinan bergaya tanpa lengan untuk wanita kota.
(**)1. Boleh kak Yana terangkan potongan yang sesuai mengikut kepelbagaian bentuk badan?
(**)Umumnya,ramai wanita secara rasmi mengetahui bahawa bentuk badan terbahagi kepada 4 bahagian iaitu badan yang berbentuk buah epal, badan berbentuk pir, badan berbentuk lurus dan badan berbentuk `hourglass’. Disini saya akan huraikan secara ringkas keempat-empat jenis potongan badan ini dan gaya yang sesuai.
(**)EPAL(APPLE)
(**)Ciri: Wanita yang mempunyai tubuh berbentuk kotak mempunyai ukuran bawah yang sama lebarnya pada semua bahagian iaitu lurus dari atas ke bawah, justeru tidak memiliki lengkok. Bahagian atas dan bawah tubuh kelihatan lurus dan selaras daripada bahu ke pinggul. Lemak biasanya terkumpul pada bahagian abdomen atau perut dan menjadikan perut nampak lebih ketara. Bentuk ini menjadikan pemiliknya kelihatan pendek walaupun dia sebenarnya tinggi. Mereka seolah-olah berpinggang pendek dan bahagian bahu pula kelihatan seolah-olah lebar. Masalah tubuh ini ialah kerana pinggangnya yang lebih besar daripada bahagian pinggul sementara bahagian perut pula menonjol. Namun tubuh berbentuk tempayan mempunyai peha dan kaki yang kecil.
(**)Cara bergaya: Pakaian perlu memperbetulkan bentuk tubuh khususnya perut supaya tidak tampak terlalu besar. Elakkan poket, lapel lebar dan sebarang hiasan di dada. Bagi yang gemar bergaya dengan skirt, pilih berbentuk lurus, atau bahagian pinggang yang mempunyai sedikit lipatan. Elakkan seluar ketat atau potongan pensil. Untuk membantunya, pakai skirt atau seluar panjang yang memeri kerana ia membantu bentuk tubuh seimbang.
(**)Warna: Pakai warna gelap pada bahagian atas dan warna cerah untuk skirt. Disebabkan tubuh yang besar, elakkan motif besar kerana anda akan kelihatan lebih besar. Memandangkan bahagian pinggang dan perut yang besar, elakkan sebarang corak termasuklah poket pada bahagian berkenaan.
(**)PIR (PEAR)
(**)Ciri: Memiliki bahagian atas lebih kecil daripada bahagian bawah iaitu besar di sekitar pinggul dan peha kerana lemak berkumpul di sini. Secara tidak langsung ia menyebabkan pinggang kelihatan kecil dan ramping. Tetapi wanita jenis ini tidak memiliki payudara yang besar. Meskipun dikatakan bertuah kerana mempunyai pinggang yang ramping, anda memiliki betis agak besar.
(**)Cara bergaya: Perlu lebih berhati-hati kala memilih pakaian bagi memastikan bahagian bahu tampak luas, pakai baju yang ada pelapik bahu yang kecil untuk mengimbangi pinggul yang besar.
(**)– Usah kenakan skirt labuh kerana anda akan kelihatan lebih besar.
(**)– Blaus pula usah terlalu labuh dan pastikan ia tidak jatuh pada garisan paling lebar kerana akan kelihatan lebih lebar.
(**)– Jangan pakai jaket dengan skirt atau seluar yang ketat pada bahagian pinggul.
(**)– Bahagian bahu perlu dilebarkan 1.5 sentimeter hingga dua sentimeter. Alas bahu ialah 1 hingga 1.5 sentimeter.
(**)Warna: Pakai warna cerah untuk bahagian atas dan warna gelap pada bahagian bawah sama ada skirt atau seluar panjang, supaya mata memandang ke bahagian atas, bukannya ke bahagian pinggang ke bawah. Elakkan motif fabrik yang terlalu sarat dan besar pada bahagian bawah tubuh. Jalur menegak pada bahagian bawah untuk membuatkan punggung kelihatan lebih kecil.
(**)LURUS(STRAIGHT)
(**)Ciri: Wanita yang mempunyai bentuk tubuh I, kurus dan lurus. Semua gaya sesuai untuk dipakai. Jika terlalu kurus, memakai baju berlapis adalah idea yang baik. Seandainya terlalu tinggi, pilih pakaian bercorak bagi mencantas ketinggian. Sekiranya pendek dan ingin tampak tinggi, pakai pakaian bercorak bergaris menegak dan warna senada.
(**)Wanita yang mempunyai bentuk tubuh sebegini dikatakan memiliki bahagian bahu luas dan lazimnya dimiliki oleh model, justeru boleh memakai banyak jenis gaya pakaian kerana tidak perlu melindungi apa-apa dan juga tidak ada apa-apa yang perlu ditonjolkan. Malah pereka pakaian gemar model yang mempunyai bentuk tubuh seperti itu kerana dia mahu anda mengingati rekaan pakaiannya dan bukan model yang menggayakan. Model Tengku Azura dikaitkan dengan tubuh sebegini.
(**)Cara bergaya: Baju atau seluar tidak boleh terlalu ketat, sementara itu rekaan baju perlu dilebihkan pada bahagian bahu untuk tampak lebih cantik, pakai baju berkolar atau hiasi leher dengan rantai.
(**)Warna: Rona senada paling sesuai. Untuk tampak tinggi, pakai baju bercorak garisan menegak dan jika ingin kelihatan ramping, tampilkan warna warni atau sebarang aksesori pada bahagian tengah tubuh.
(**)HOURGLASS
(**)Ciri: Dianggap sebagai bentuk yang sempurna kerana tidak punyai banyak masalah apabila membeli pakaian. Bentuk tubuh sedemikian mempunyai bahagian atas dan bawah yang seimbang. Artis seperti Beyonce mempunyai tubuh bentuk sebegini. Potongan badan lurus dan melengkok dengan pinggang yang kecil dan potongan pinggul serta bahagian dada yang penuh.
(**)Cara bergaya: Pakaian daripada fabrik lembut dan beralun paling sesuai untuk menyerlah bentuk yang cantik itu.
(**)Warna: Sesuai kebanyakan warna.
EmoticonEmoticon