(**)Ternyata kesuburan seorang wanita itu sangat penting untuk mencapai kehamilan. Namun, tak semua wanita bernasib baik!
(**)Ada sebahagian wanita yang mengalami masalah tentang kesuburan. Situasi ini membuatkan mereka sukar untuk mendapat zuriat atau anak dengan cepat. Sebenarnya ada banyak faktor yang menyebabkan seseorang wanita itu tidak subur. Jom, semak apa yang boleh mempengaruhi kesuburan wanita.
(**)1. Masalah Berat Badan
(**)Kelebihan berat badan, sama ada terlalu gemuk ataupun terlalu kurus juga tidak baik untuk sistem peranakan dan kesuburan wanita. Berat badan yang terlalu gemuk akan menganggu kelancaran haid. Ada kajian mengatakan, wanita memerlukan berat badan dengan kandungan lemak 17 hingga 21 peratus supaya dapat melalui proses kesuburan secara teratur. Jadi, untuk memilikinya jagalah berat badan anda dengan melakukan senaman serta menjaga pola pemakanan yang teratur.
(**)2. Jaga Pola Pemakanan
(**)Pengambilan makanan yang tidak sihat boleh mempengaruhi kesuburan hormon. Perbanyakkan pengambilan makanan yang mengandungi vitamin C, E dan B kompleks, terutamnya B6. Vitamin tersebut dikatakan sangat penting untuk pembentukan serta gerak kerja hormon. Selain itu, banyakkan makan taugeh dan kacang tanah kerana ia mengandungi lemak esensial yang baik untuk kesuburan hormon.
(**)3. Pengambilan Makanan Organik
(**)Makanan organik merupakan makanan yang bebas daripada bahan kimia seperti ‘pestida’. Zat negatif tersebut akan mempengaruhi hormon progesteron yang baik untuk kesuburan. Progesteron adalah hormon yang berfungsi menghasilkan dan mematangkan sel telur serta menyiapkan dinding rahim bagi kehamilan. Tanpa progesterone kehamilan tidak mungkin akan terjadi.
(**)4. Kepentingan Vitamin
(**)Vitamin merupakan penyokong utama untuk kesuburan wanita. Pelbagai jenis vitamin terdapat di pasaran, namun anda harus bijak memilih yang terbaik. Adalah lebih baik jika anda mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan untuk membeli atau memakannya.
(**)5. Hindari Stress Berlebihan
(**)Jangan tak percaya, bahawa stress mampu mengundang permasalahan terhadap kesuburan wanita. Hindari membawa keadaan huru-hara di pejabat ke rumah kerana ia boleh mengundang stress yang berlebihan. Selain itu, merokok juga boleh mempengaruhi kesuburan wanita. Zat yang terkandung pada rokok sangat berbahaya untuk organ peranakan. Bahkan merokok pun boleh membuatkan wanita mengalami menopause semulajadi. Akibatnya, wanita tersebut sukar hamil.
EmoticonEmoticon