Sunday, 22 May 2016

Sayang Kulit, Curilah Waktu Untuk Pakai Masker!

Tags


(**)Mencuci wajah satu kemestian bagi kaum Hawa. Begitu juga dengan penggunaan penyegar dan pelembap, mereka masih disiplin mengikut aturan. Namun ramai yang mengabaikan pemakaian masker.

(**)Sebelum kulit wajah semakin kering dan nampak kusam, sila ambil serius info ini jika ingin miliki kulit cantik dan sihat...


(**)Masker perlu dioles pada wajah sekurang-kurangnya seminggu sekali. Anda boleh memilih masker berasas bahan alami seperti sayuran, buah-buahan, madu mahupun putih telur. Pilih masker mengikut keperluan kulit anda. Jom selongkar manfaat masker untuk kulit.

(**)1. Tegangkan Kulit

(**)Adakah anda tahu khasiat yang terkandung dalam masker boleh membantu menegang dan menganjalkan kulit wajah. Ia juga dikatakan dapat mengekang penuaan seperti mengurangkan kedutan dan garis halus. Hasilnya, kulit akan menjadi mulus dan tampak awet muda.

(**)2. Kecilkan Pori-pori

(**)Apabila usia semakin meningkat, pori-pori kulit cenderung menjadi besar. Terlalu kerap melakukan stim wajah juga antara faktor yang menyebabkan masalah ini berlaku. Masker adalah penyelesaian terbaik untuk mengatasinya. Penggunaan masker secara konsisten akan menjadikan kulit wajah lembap dan mengecilkan pori-pori.

(**)3. Buang Sel Kulit Mati

(**)Masker juga bertindak sebagai detoks wajah. Ia membuang sel kulit mati dan menghaluskan kulit secara semula jadi. Apabila sel kulit mati dibuang, wajah tampak berseri dan kulit tampak remaja.

(**)4. Redakan Tekanan, Atasi Kelesuan

(**)Tekanan dan gaya hidup yang sibuk membuatkan kulit wajah terlihat lesu serta kusam. Bagi mengatasi masalah ini, gunakan masker dua kali seminggu. Pilih masker berasas coklat, baunya mampu meredakan tekanan dan membuatkan kulit relaks serta tampak segar.

(**)5. Cerahkan Wajah

(**)Masker juga berfungsi untuk mencerahkan wajah. Ketika memakai masker, wajah berehat dan kulit menyerap khasiat alami yang menjadi ramuan utama. Kulit akan beransur cerah dan sihat secara perlahan-lahan.

(**)6. Melembapkan

(**)Kulit kering akan kelihatan tua dan proses penuaan berlaku dengan lebih cepat. Pilih masker berasas buah-buahan seperti tomato. Ia dapat membantu mengekalkan kelembapan kulit wajah.

(**)7. Tona Kulit Sekata

(**)Masker berasas emas 24 K, madu dan putih telur antara yang dapat membantu menjadikan tona kulit lebih sekata. Ini juga penyelesaian terbaik untuk golongan yang berdepan dengan masalah sunburn.


(**)INFO
(**)Jangan memakai masker melebihi 35 minit kerana ini akan menyerap kembali kelembapan kulit. Akhirnya kulit menjadi kering.


EmoticonEmoticon