Bahan-bahan ( 1 Balang saiz sederhana )
(**)Tepung Gandum ( 1 kg )
(**)Minyak Sapi Tulen ( Ikut lembut adunan )
(**)Kacang Tanah ( Di goreng tanpa minyak )
(**)Telur ( 3 Biji )
(**)Gula Aising
Cara-cara
(**)1. Panaskan tepung dalam kuali. Kaedah ini dilakukan supaya biskut yg dibuat nanti tidak melekat di lelangit apabila dimakan.
(**)2. Ayak tepung sebentar tadi,supaya tiada ketulan kecil.
(**)3. Kacang digoreng tanpa minyak sehingga masak. Kemudian buang kulitnya.
(**)4. Kacang tanah yang sudah dibuang kulitnya dikisar halus.
(**)5. Cairkan minyak sapi
(**)6. Gaul tepung gandum bersama kacang tanah, telur dan minyak sapi sehingga sebati.
(**)7. Apabila adunan suda sebati dan sesuai untuk dibulatkan. Bolehlah mula membulat adunan kecil-kecil sedikit demi sedikit.
(**)8. Setelah siap,bolehlah dimasukkan kedalam ketuhar untuk dimasak.
(**)9. Biskut yang sudah masak, bolehlah digulingkan kedalam gula aising.
EmoticonEmoticon