Sunday 22 May 2016

Resepi Kerepek Ubi Kentang

Tags


Bahan-bahan:

(**)2kg ubi kentang
(**)minyak untuk menggoreng

Bahan2 sos:

(**)2-3 camb pes cili - kalau nak pedas boleh tambah
(**)2 cawan (450gm) gula pasir
(**)1 ulas bawang putih - ditumbuk halus
(**)1 camb asam jawa - dibancuh dengan 1 cawan air
(**)garam secukup rasa

cara:

(**)kupas ubi kentang dan hiris nipis terus ke dalam minyak panas. pastikan minyak yang banyak
(**)goreng sehingga keperangan
(**)angkat dan toskan minyaknya
(**)sementara itu panaskan sedikit minyak
(**)tumiskan bawang putih sehingga naik bau
(**)masukkan pes cili, gula dan air asam jawa
(**)jerang semua bahan sos sehingga mendidih dan pekat serta hampir kering
(**)kemudian barulah dimasukkan ubi kentang goreng tadi dan kacau tanpa henti sehingga bersalut elok
(**)angkat dan biarkan sejuk sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara

(**)note: sukatan gula agak banyak supaya kerepek kekal rangup walaup disimpan lama. boleh jugak dikurangkan sedikit gula jika tidak mahu manis atau tambah cili pes


EmoticonEmoticon