Saturday, 21 May 2016

Resepi Kek Cawan Coklat Kukus

Tags


Bahan-bahan untuk resepi kek cawan coklat kukus :

Bahan A

(**)150 gm minyak masak
(**)180 gm susu cair
(**)200 gm gula kastor
(**)220 gm susu krimer manis
(**)1 sudu teh emulco coklat

Bahan B

(**)50 gm serbuk koko
(**)90 gm tepung gandum
(**)1/2 sudu teh soda bikarbonat
(**)1/2 sudu teh serbuk penaik

Bahan C

(**)3 biji telur dipukul dengan sehingga kembang

Hiasan Kek

(**)1 bar coklat masakan atau aising kek
(**)Coklat chip atau apa-apa hiasan yang menarik untuk kek cawan coklat

Cara-cara Membuat Kek Cawan Coklat Kukus :


(**)1. Campurkan semua bahan-bahan A ke dalam sebuah periuk. Kacau semua bahan-bahan itu di atas api secara perlahan-lahan hingga gula hancur. Jangan sampai bahan-bahan ini menjadi mendidih. Angkat dari api dan biarkan suam.

(**)2. Masukkan bahan C iaitu telur yang telah dipukul sehingga kembang tadi dan kacau sehingga sebati.

(**)3. Ayakkan bahan-bahan B dan masukkan ke dalam adunan A. Pukul dengan hand-mixer hingga adunan menjadi licin.

(**)4. Biarkan adunan selama 20 minit.

(**)5. Tuangkan adunan ke dalam cawan-cawan kecil atau bekas aluminium dan kukus sehingga masak kira-kira dalam 20 minit.
(**)*untuk cek masak ke tak kek ini boleh cek dengan cucuk kek menggunakan lidi. kalau takde apa yang melekat pada lidi bermakna kek tue dah masak.

(**)6. Selepas masak dan sebagai hiasan boleh cairkan bar coklat dan sapu di atas kek cawan coklat atau sapukan aising kek diatas kek cawan.

(**)7. Letakkan hiasan seperti cip coklat dan masukkan ke dalam peti sejuk untuk keraskan coklat hiasan.


EmoticonEmoticon