Wednesday, 18 May 2016

Resepi Biskut Tembikai

Tags


Bahan-bahan:

(**)150 g gula kastor
(**)250 g mentega
(**)1 biji kuning telur Gred C
(**)1 sudu besar susu pekat
(**)290-320 g tepung gandum
(**)1 sudu kecil baking powder
(**)secubit garam
(**)sedikit pewarna merah dan hijau
(**)2-3 sudu besar bijan hitam
(**)Paper cups

Cara membuatnya

(**)Pukul gula dan mentega hingga sebati, masukkan kuning telur dan susu pekat. Putar lagi hingga rata. Bubuh tepung gandum yg sudah diayak dengan serbuk penaik dan garam.
(**)Uli perlahan menjadi doh.

(**)Bahagikan 3 bahagian, ambil 2 bahagian dan campurkan dengan bijan hitam dan pewarna merah. Ambil baki doh, campurkan dengan pewarna hijau. Buatkan bebola kecil dengan doh merah.
(**)Canai doh hijau setebal 3 mm kemudian salutkan dengan doh hijau. Simpan sebentar di dalam peti sejuk (supaya mudah memotongnya) .

(**)Belah 4 bebola tadi dan atur di dalam paper cups dan barulah di letak di atas tin pembakar.
(**)Bakar pada suhu 160 C selama 20-25 min atau hingga masak.


EmoticonEmoticon