Tuesday, 17 May 2016

Resepi Biskut Tart Bunga Teratai

Tags


Bahan-bahan ( 150 biji )

(**)325g mentega
(**)1 cwn icing sugar
(**)2 biji kuning telor
(**)4 sudu besar kastard
(**)3 sudu besar tepung jagung
(**)1 cwn susu tepung
(**)250gm tepung gandum - boleh di tambah jika adunan lembik
(**)1 biji nanas di parut atau kisar dan 300g gula dimasak bersama bersama nenas untuk membuat jem
(**)Cawan kertas kecil

Cara-cara

(**)1. Mula - mula pukul mentega dan gula sehingga gebu kemudian masukkan telor satu persatu dan di pukul lagi.
(**)2. Setelah itu masukkan tepung kastrad di kacau lagi kemudian susu tepung di kacau sehingga semua sebati baru la di masukkan tepung gandum.
(**)3. Uli sehingga menjadi doh jangan terlampau lembut dohnya
(**)4. Canai doh ikut ketebalan yang dikehendaki.Jangan terlalu tebal dan terlalu nipis.
(**)5. Cetak dengan acuan bungai teratai.Letak jem dan masukkan dalam cawan kertas.
(**)6. Setelah siap semuanya, bakar selama 20 atau 25 minit


EmoticonEmoticon