Thursday, 12 May 2016

Resepi Biskut Oat

Tags


BAHAN-BAHANNYA IALAH:

(**)350gm tepung gandum*
(**)1/2 sudu teh serbuk penaik*
(**)1/2 sudu teh soda bikarbonat*
(**)280gm mentega
(**)90gm gula halus
(**)90gm gula perang
(**)250gm cip coklat
(**)80gm oat | dibakar sekejap dalam 6-10 minit dengan suhu 160°selsius
(**)30gm emping jagung | diramas kasar
(**)1 sudu teh esen vanila
(**)1/2 sudu teh esen mentega
(**)1 biji telur
(**)1 biji kuning telur
(**)20ml susu cair

(**)Ayakkan bahan yang bertanda *

CARA MEMASAKNYA IALAH:

(**)1. Sebatikan mentega, gula, esen, vanila dan esen mentega. Kemudian bolehlah ditambah telur, kuning telur dan susu cair.
(**)2. Masukkan semua bahan yang diayak dan gaul sebati.
(**)3. Kemudian masukkan cip coklat, oat dan emping jagung.
(**)4. Apabila adunan sudah menjadi doh, bentukkan menjadi sebesar guli kecil.
(**)5. Bakar dalam ketuhar dengan suhu 170°selsius selama 20 minit (api atas dan bawah).

*Pastikan anda panaskan ketuhar 15 minit lebih awal sebelum mula membakar biskut.


EmoticonEmoticon