(**)Tidak ramai yang menyukai rasa pahit peria. Bahkan ada yang tidak mampu untuk menelannya.Ini adalah kerana rasa pahit peria yang cukup melekat di tekak. Namun, disebalik rasanya yang pahit itu, khasiat peria memang tiada tandingannya untuk kesihatan.Pengambilan peria cukup disarankan kerana kandungan dan khasiat peria yang baik untuk tubuh, kesihatan kulit dan juga rambut.
(**)Berikut beberapa khasiat peria yang patut anda tahu:
(**)Mengatasi Diabetes
(**)Khasiat nutrisi pada sayur peria ini sangat baik untuk mengatasi dan mencegah risiko diabetes. Pengambilan peria, termasuk jusnya secara teratur, boleh bantu anda bebas daripada diabetes.
(**)Turunkan Berat Badan
(**)Peria adalah sayur yang rendah kalori dan juga kolesterol.Peria dipercayai mampu membantu seseorang untuk dapatkan tubuh langsing serta berat badan ideal.Di samping itu,khasiat yang terdapat pada peria juga baik untuk kesihatan hati, buah pinggang serta sistem perjalanan darah.
(**)Menjaga Kesihatan Mata
(**)Jika anda mengalami masalah kesihatan mata seperti katarak atau masalah mata lain,anda digalakkan memakan peria. Khasiat peria yang mengandungi vitamin A dan beta karoten yang sangat baik untuk kesihatan mata. Selain itu, peria juga mengandungi vitamin C yang sangat baik mencegah pelbagai macam masalah kesihatan.
(**)Meningkatkan Sistem Ketahanan Tubuh
(**)Walau rasanya pahit, peria merupakan salah satu sayur yang tinggi vitamin C yang emiliki fungsi luar biasa untuk meningkatkan sistem ketahanan tubuh.Peria dipercayai mengandungi anti virus yang boleh memperkuatkan sistem imun dan metabolisme.Jadi sebab itulah peria dikatakan mampu melindungi tubuh daripada pelbagai ancaman virus penyebab penyakit.
(**)Melambatkan Proses Penuaan Semulajadi
(**)Peria mengandungi vitamin C, yang merupakan antioksidan semuladi.Antioksidan akan memerangi dan menghilangkan radikal bebas berbahaya. Antioksidan membantu untuk mencegah kedutan dengan memperlambatkan proses penuaan. Ia juga melindungi kulit dari kerosakan yang disebabkan sinar ultraviolet matahari.
(**)Bagus Untuk Rambut
(**)Untuk mendapatkan rambut yang bersinar dan sihat,campur secawan jus segar peria dengan yogurt dan sapukan pada rambut.Biarkan selama setengah jam, kemudian bilaslah sehingga bersih.
(**)Kelemumur juga boleh disebabkan oleh pengambilan makanan yang tidak sihat dan pencemaran udara.Untuk mencegah kelemumur, anda boleh cuba tips merawat rambut ini.Campukan peria yang sudah dikisar dengan biji jintan(juga dikisar). Lumurkan pada rambut, 15-20 minit dan basuhlah sehingga bersih. Lakukan secara teratur selama sebulan atau sehingga kelemumur tersebut hilang.
(**)Untuk mengatasi masalah rambut kering dan kulit kepala gatal, gosok sepotong peria di atas kulit kepala dan urut dengan gerakan melingkar, kemudian bilas dengan air bersih.Untuk mengurangkan rasa gatal, lakukan perawatan rambut dengan campuran peria yang sudah dikisar dengan avocado atau pisang sebagai masker rambut dan lumurkan pada kulit kepala. Lakukannya paling kurang sekali seminggu untuk menyingkirkan rasa gatal pada kulit kepala.
EmoticonEmoticon