Sunday, 1 May 2016

Punca-Punca Wanita Kahwin Lambat

Tags


(**)Masalah kahwin lambat yang berlaku di kalangan masyarakat Malaysia semakin hari semakin meningkat.


(**)Ini adalah disebabkan oleh perkembangan dan perubahan sosiobudaya yang begitu pesat sekali. Selain itu, adalah disebabkan oleh kepesatan pembangunan, khususnya dalam bidang sosioekonomi dan pendidikan.

(**)ANTARA SEBAB MENGAPA PEREMPUAN KAWIN LAMBAT ADALAH KERANA:


(**)1. Pilihan hati mendapat bantahan keluarga

(**)Apabila perkara seperti ini berlaku, kesudahannya, si gadis menjadi tawar hati untuk membina mahligai rumahtangga. Mungkin mereka fikir ,kalau tak dapat kahwin dengan calon pilihan hati adalah lebih baik jika tidak berkawin langsung. Jangan terkejut kerana perkara seperti ini memang berlaku dalam masyarakat kita.



(**)2. Hati sudah tawar dan serik hendak bercinta

(**)Bila sudah putus cinta, mungkin rasa fobia bab-bab bercinta ini. Sudah tidak percaya dan malas hendak menaruhkan harapan dekat mana-mana individu walaupun ada yang sibuk memikat.

(**)Bagi mereka yang pernah putus cinta, tentunya mengerti betapa seksa dan deritanya jiwa raga apabila dikecewakan. Disebabkan terlalu terluka dan kecewa, keinginan untuk bercinta dan jatuh cinta lagi itu mungkin terhalang oleh perasaan takut dan juga dendam.



(**)3. Gaji Dan Pangkat Lebih Tinggi Daripada Lelaki

(**)Paras rupa yang menarik, status gaji dan pangkat yang lebih hebat daripada lelaki, biasanya akan membuatkan kebanyakan lelaki takut untuk memikat atau mendampangi wanita sebegini. Bagi pandangan mata lelaki, wanita yang punya status tinggi ini lebih ‘demand’ dan hanya memandang mereka dengan sebelah mata sahaja.

(**)Sebab itu daripada awal, lelaki tidak akan ambil risiko untuk  pergi memikat perempuan yang berkejaya. Bukan apa, takut bertepuk sebelah tangan.



(**)5. Pentingkan kerjaya dari keluarga

(**)Kerjaya juga boleh menyebabkan seseorang wanita itu lupa untuk mendirikan rumahtangga. Jika dibandingkan dengan zaman tok nenek kita dulu, sesetengah wanita zaman moden kini sudah  mampu ‘mengalahkan’ lelaki   dalam melakukan pelbagai kerja.

(**)Mungkin pada pemikiran wanita seperti ini, mereka berniat untuk mengumpulkan duit dahulu buat keluarga. Tapi sayangnya, ramai wanita terlupa bahawa waktu akan terus berlalu dan usia pula akan dimamah waktu!



(**)6. Kecewa dengan sikap kebanyakan lelaki

(**)Sebenarnya ramai wanita yang kecewa dengan sikap kebanyakan lelaki. Contohnya, sikap mereka yang suka memandang kepada kecantikan wanita itu semata-mata.

(**)Wanita yang kecewa  biasanya menjadi malas hendak memikirkan soal perkahwinan. Mereka mungkin memerlukan masa untuk mengerti tentang kepentingan sebuah perkahwinan.



(**)Taraf pendidikan dan penceburan wanita dalam sektor pekerjaan dan profesional terus meningkat. Ini menyebabkan perkahwinan pada usia muda telah berkurangan.

(**)Sebagai bukti, pada tahun 1956 wanita yang berkahwin pada usia 15 – 19 tahun lebih kurang 97 peratus, dan mula menurun 6 peratus pada tahun 1988. Peratus ini berkemungkinan akan terus menurun pada dekad ini kerana negara semakin maju dan kehidupan semakin canggih.


EmoticonEmoticon