(**)Jerawat terjadi disebabkan pori pada kulit yang tersumbat akibat sel kulit mati yang tidak dibersihkan.Ia juga adalah rembesan minyak dari dalam kulit.Apabila kuman dan bakteria hadir pada ruang tersebut, gumpalan akan terbentuk dan menutupi pori-pori kulit. Terdapat banyak kaedah untuk membuat rawatan muka yang berjerawat.
(**)Petua Rawatan Muka Berjerawat
(**)Gunakan krim malam untuk menghilangkan kesan dan parut jerawat.
(**)Pastikan tangan anda sentiasa bersih. Kekerapan tangan menyentuh kulit muka adalah tinggi, jadi cuci tangan dengan air dan sabun sekerap yang mungkin.
(**)Hindari dari memicit dan menggaru wajah anda menggunakan kuku. Kuku terdedah kepada kotoran dan akan menyebabkan kerosakan pada kulit muka.
(**)Cuci muka dengan kerap. Gunakan pembersih muka yang bersesuaian dengan kulit anda.
(**)Gunakan pembersih muka yang bebas kimia untuk membersihkan kulit muka anda.
(**)Bezakan tuala untuk mengelap muka dengan tuala mengelap badan.
(**)Ambil makanan yang kaya dengan vitamin dan mineral seperti vitamin A, vitamin B5, kalsium dan zink. Kurangkan makanan yang berlemak dan tidak berkhasiat.
(**)Kawal stress dengan melakukan aktiviti aktif seperti bersenam, berenang atau senamrobik. Ia dapat merehatkan minda anda.
(**)Tidur dengan secukupnya kerana tubuh badan dapat menjana semula sel-sel kulit yang baru dan mengeluarkan toksin dari badan.
(**)Sapukan sari timun pada bahagian wajah dan leher selama beberapa minit, kemudian bilas dengan air bersih.
(**)Oleskan limau nipis yang dihiris pada muka untuk mengekalkan kesegaran dan mengelakkan pertumbuhan jerawat.
EmoticonEmoticon