(**)Penimbunan lemak dalam tubuh meupakan salah satu faktor penyebab tubuh menjadi ‘montel’. Perkara ini tentu sahaja menjadi masalah bagi anda yang mengutamakan penampilan.
(**)Selain boleh menurunkan keyakinan diri, banyaknya jumlah lemak di dalam tubuh juga boleh menjadi penyebab timbulnya penyakit seperti darah tinggi dan jantung.
(**)Untuk menghilangkan lemak dalam tubuh, ada banyak cara yang boleh dilakukan, salah satunya dengan khasiat limau nipis.
(**)Khasiat Limau Nipis
(**)Limau nipis mengandungi vitamin C, ‘potassium’ dan ‘asid folat’. Ketiganya boleh membantu tubuh dalam mengurangi lemak. Selain itu, limau nipus juga mengandungi limonin yang dapat mencegah sel-sel pada hati untuk memproduksi zat apo B.
(**)Zat ini adalah salah satu pensenyawaan dalam tubuh yang berkaitan dengan kadar kolesterol dalam tubuh. Terdapat juga beberapa persenyawaan lainnya yang dapat meningkatkan tugas usus dan juga kandungan serat dalam limau nipis membantu melancarkan sistem penghadaman tubuh.
(**)Untuk mendapatkan khasiat limau nipis, anda boleh membuat jus limau nipis sederhana iaitu dengan mencampurkan air perahan limau nipis ke dalam segelas air putih dan tambahkan juga satu atau dua sudu teh madu.
(**)Minum secara rutin setiap pagi sebelum makan. Sebaiknya guna air yang sejuk, kerana air suam atau panas boleh merosakkan vitamin C dan ‘bioflavonoid’ yang terkandung dalam perahan air limau nipis tersebut.
EmoticonEmoticon