(**)Pernahkah anda mencubanya? Jika belum, anda kena cuba kerana ada banyak khasiat masker telur untuk kecantikan wajah.
(**)Tak kira masker putih telur ataupun masker kuning telur, kedua-duanya punya khasiat tersendiri. Jika mahu mengecilkan pori-pori serta memiliki wajah yang lebih licin dan cerah, jangan ragu-ragu untuk memakai masker putih telur. Di samping itu, masker putih telur juga boleh mencerahkan dan menegangkan kulit wajah.
(**)Masker Putih Telur
(**)Cara membuat masker putih telur mudah sahaja. Asingkan putih telur dari kuning telur. Kemudian pukul putih telur dengan menggunakan garpu sehingga berbuah. Pastikan buihnya kental dan sapukan pada wajah.
(**)Pastikan wajah anda telah dibersihkan terlebih dahulu. Biarkan beberapa minit sehingga lapisan masker tersebut kering dan tegang. Setelah itu, bersihkannya dengan menggunakan air suam dan tuala muka. Gunakan ais batu untuk menutup pori-pori wajah.
(**)Masker Kuning Telur
(**)Manakala bagi anda yang mempunyai masalah muka kering atau berminyak, ternyata masker kuning telur mampu mengatasinya. Ia sangat bermanfaat untuk melembabkan serta menghaluskan kulit wajah.Cara membuat masker kuning telur, asingkan putih telur dari kuning telur. Gunakan garpu untuk memecahkan bahagian kuning.
(**)Kemudian aplikasikannya secara merata di wajah. Biarkan beberapa minit sehingga kering dan tegang. Bersihkannya dengan menggunakan tuala lembut dan air suam. Anda akan dapat merasakan kulit wajah anda menjadi lebih lembut dan halus seketika.
EmoticonEmoticon