Tuesday 10 May 2016

Lendir Kacang Bendi Pun Banyak Manfaatnya!

Tags


(**)Kacang bendi atau nama saintifiknya ‘abelmoschus esculentus’ adalah sumber folate dan serat. Selain itu, zat yang terkandung dalam kacang bendi ini adalah Vitamin C, B6, thiamin, magnesium dan kalium. Malah,kacang bendi adalah sayur yang rendah lemak dan kalori.


(**)Kebiasaannya orang menggunakan kacang bendi ini sebagai sayur tambahan di dalam masakan seperti kari dan asam pedas. Namun, ada orang kurang menggemari kacang bendi kerana ia berlendir. Sebenarnya kalau kena cara memasak, kacang bendi amat enak. Oleh itu,ketika memasak jangan dipotong kacang bendi untuk mengelakkan kehilangan cecair dan anda juga dinasihatkan agar tidak memasak kacang bendi bersama bahan berasid, misalnya buah tomato untuk mengurangkan lendir.

(**)Jom semak khasiat tersembunyi kacang bendi di sebalik lendirannya.

(**)Khasiat Kacang Bendi Untuk Kesihatan

(**)Pektin yang terkandung dalam kacang bendi membantu mengurangkan kolesterol dalam darah.
(**)Jumlah serat yang banyak dalam kacang bendi juga membantu melancarkan penghadaman sekaligus mengelakkan masalah sembelit terutamanya di kalangan warga tua.
(**)Kacang bendi dikatakan elok untuk perkembangan otak iaitu menguatkan daya memori otak dan kecergasan.
(**)Ia juga dikatakan dapat mencuci hati, dan menstabilkan kandungan gula dalam darah.
(**)Kacang bendi juga membantu melicinkan bahagian dalam usus besar dan menggalakkan pertumbuhan bakteria baik dalam saluran usus.
(**)Kacang bendi merupakan sejenis sayuran yang amat baik untuk mereka yang murung, keletihan dan rasa tidak selesa.
(**)Ia juga membantu merawat ulser dan mengurangkan kekejangan pada sendi.
(**)Dapat membantu mengurangkan radang paru-paru, dan kesakitan pada dubur.
(**)Kacang bendi merupakan antara salah satu ubat yang digunakan untuk merawat kencing manis. Caranya ialah dengan mengambil dua biji kacang bendi lalu dipotong kedua hujungnya. Kemudiaan,turis bahagian tengahnya dan rendamkan dalam segelas air semalaman yang ditutup. Keesokan harinya, keluarkan kacang bendi itu dan terus minum airnya. Amalkan selama dua minggu untuk mendapatkan hasilnya.


(**)Khasiat Air Rebusan Kacang Bendi

(**)Dalam bidang perubatan traditional, air rebusan biji, akar dan bunga bendi mampu untuk melawaskan pembuangan air kecil, mengurangkan bengkak atau radang, mengurangkan masalah susah bersalin, mengubati penyakit gornea dan juga sifilis.
(**)Air rebusannya juga sesuai untuk disapu pada pelbagai jenis kudis dan bisul.
(**)Air rebusan kacang bendi yang dicampurkan gula juga boleh dibuat sirap ubat dan rawatan untuk sakit kerongkong.


(**)Khasiat Lendir,Biji Dan Daun Kacang Bendi

(**)Lendir kacang bendi boleh digunakan sebagai ubat untuk tujuan menyejukkan dan melembutkan kulit.
(**)Biji bendi yang matang juga mempunyai potensi untuk diproses bagi mendapatkan minyak sayuran yang bermutu tinggi dan juga boleh diproses untuk dijadikan bahan minuman sebagai kopi.


(**)Daun muda kacang bendi boleh dimakan sebagai ulaman manakala daun yang tua boleh diproses sebagai bahan kraftangan yang cantik.

(**)Jom amalkan makan kacang bendi untuk meningkatkan tahap kesihatan anda dan jangan lupa SHARE artikel ini.


EmoticonEmoticon