Saturday, 28 May 2016

KINI TRENDING: INI ANTARA PRODUK KECANTIKAN KOREA YANG BERKESAN & ANDA PERLU ADA!

Tags


(***)Sejak kebelakangan ini, produk kecantikan yang merangkumi alat solek, rangkaian penjagaan wajah, kesihatan serta kebersihan peribadi telah muncul bagai cendawan yang tumbuh selepas hujan. Terlampau banyak pilihan produk kecantikan yang telah membanjiri pasaran Malaysia, lebih-lebih lagi yang dijual secara atas talian melalui akaun Instagram, Facebook, dan sebagainya.

(***)Menurut pendapat yang diperolehi dari orang awam yang berminat akan produk kecantikan Korea (K-Beauty Lover), ini antara antara 18 produk yang diyakini serta dikatakan berbaloi untuk digunakan kerana ianya memang berkesan!

(***)Walau apa pun, jangan lah anda terlalu taksub kerana kesan terhadap diri anda mungkin berbeza daripada kalangan individu lain yang turut menggunakan produk yang sama. Tetapi, mengikut kata sepakat majoriti, ini dia Wanista mempersembahkan…

(***)#1 Etude House Tint My Brows Gel

(***)Ciptaan alaf baru. Memang nampak pelik, namun, pewarna kening yang berasaskan warna-warna tanah ciptaan jenama Korea yang paling dikenali ini boleh digunakan untuk mengukir dan mewarna kening agar kelihatan rapi dan warnanya akan kekal lebih lama di setiap sudut kening anda.

(***)Meskipun kelihatan mudah untuk digunakan, ia memerlukan sedikit kepakaran. Tangan anda harus bijak mengawal mata berus supaya ukiran kening tidak comot. Jika tersilap, anda boleh lekas mengelap kotoran atau bahagian yang comot dengan tisu basah sebelum ianya kering di permukaan kulit/kening.

(***)Konsistensinya pula adalah jenis cecair tetapi apabila telah kering di permukaan kening, anda perlu mengopek dan ia seolah-olah bertindak seperti gam yang menghasilkan warna. Malah, warna itu bisa tahan selama 2 – 3 hari. Yup! Tak perlulah anda sering “touch-up” ukiran kening anda yang lazimnya dilukis menggunakan pewarna berasaskan serbuk mahupun pensil.



(***)#2 TonyMoly Panda’s Dream Brightening Eye Base

(***)Bantu mencerah kawasan gelap di sekitar mata (lingkaran gelap), Panda’s Dream Brightening Eye Base ini mengandungi ekstrak mutiara, chrysin dan peptida.

(***)Apa yang menarik, ia hadir dalam bekas tiub boleh dipusing mirip gincu yang berbentuk beruang Panda comel! -Panda kan mempunyai lingkaran gelap di skeitar mata :P

(***)Konsistensi produk ini sama seperti “concealer” yang lain tetapi warnanya sedikit terang dan mempunyai tekstur yang licin, sesuai untuk menutup lingkaran gelap agar nampak natural.



(***)#3 Kocostar Nail Therapy

(***)Ha! produk ini best sebab anda tidak perlu ke bar kuku untuk mendapatkan hasil rawatan kuku intensif yang MAHAL. Guna sahaja Kocostar Nail Therapy ini!

(***)Ia bertindak sebagai rawatan spa untuk kuku yang menghalus, melembab serta membekalkan nutrien kepada kuku serta kutikel anda.



(***)#4 Rire Lip Powders

(***)Okay, ini magik! Serbuk boleh menjadi pewarna bibir yang cantik? Serius? Siapa kata serbuk akan membuat bibir tampak kering?

(***)Ramai pengguna yang bersetuju, sebaik sahaja serbuk dari Rire Lip Powder ini disapu ke atas bibir, ia secara tiba-tiba berubah menjadi lip gloss dan mudah untuk digunakan. Bahkan, warnanya bisa kekal sepanjang hari!



(***)#5 Elizavecca Milkpiggi Hell-Pore Clean Up

(***)Ini adalah masker muka yang perlu dikopek sebaik kering. Ia akan bantu menarik keluar semua kotorang yang tersumbat di dalam pori-pori muka seperti bintik hitam (blackheads), bintik putih (whiteheads) serta sel-sel kulit mati.

(***)Nikmatnya apabila masker tersebut mula menegang di muka sebelum anda perlu menarik lapisan masker yang melekat ketat di muka itu. Ramai yang berkata, ini adalah masker “peel-off” yang terbaik buat masa sekarang!



(***)#6 Skin Food Gold Caviar Toner

(***)Seperti orang kaya-kaya pula. Cebisan emas yang terkandung dalam toner ini yang bercampur bersama butiran kaviar Rusia yang akan bantu mengekalkan kadar hidrasi dalam kulit, mulus dan bersih.

(***)Partikel cebisan emas itu pula akan membuatkan wajah anda berkilau. Bling bling gitu! Bolehlah berangan seolah-olah anda itu bintang K-Pop!



(***)#7 Mizon All-in-One Snail Repair Cream

(***)Seperti yang kita tahu, lendir siput adalah ramuan yang berharga untuk memulih dan merapikan kulit manusia. Oleh itu, 92% kandungan yang terkandung dalam krim ini adalah lendir siput semata. Memang tmewah dan terbaik hasilnya nanti! Ingat… bukan senang untuk mengekstrak lendir siput.

(***)Mungkin ramai yang berasa geli apabila terfikir akan ‘lendir siput’ tetapi, sebaik sahaja anda amalkan sapuan krim ini, kulit anda yang terjejas akan beransur pulih, lebih tegang malah kedutan pun berkurang.

(***)Yup! Kesan boleh dilihat seawal satu minggu! Ianya juga baik bagi individu yang mempunyai masalah kulit berminyak yang memerlukan nutrisi hidrasi yang cepat menyerap.



(***)#8 J.one Hana Cream

(***)Diperbuat dari bebola kapsul kecil (mengandungi estrak tumbuhan zhi mu) menampkkan kulit lebih licin dan lembut.

(***)Seronok untuk digunakan kerana anda perlu mengambil beberapa butir bebiola tersebit untuk dihancurkan sebelum menjadi pes dan disapu ke atas wajah.



(***)#9 Cosrx Acne Pimple Master Patch

(***)Bantu memulihkan serta mengecutkan jerawat baru yang muncul di sekitar bahagian wajah. Ia juga secara tidak langsung memelihara jerawat supaaya terus menyebabkan iritasi dan kemerahan pada kulit.

(***)Menariknya, jika anda perasan, Ji Hyo dan Haha selalu menampak pelekat yang berbentuk bulat ini pada jerawat mereka. Yup! Ciptaan Korea ini memang sangat berkesan dan sedang trending sekarang!


(***)Pelekat tersebut berfungsi untuk menyerap segala kotoran dan minyak dari jerawat dan apabila pelekat tersebut bertukar warna menjadi putih, bermakna ia telah selesai menyerap kotoran dan anda boleh menanggalkannya dari tempat jerawat tersebut. Hasilnya, jerawat kecut tanpa sedikit pun membengkak! Hebat kan?



(***)#10 Beauty People Pure Vitamin Capsule Lip Tatoo

(***)Mengekalkan warna yang menonjol pada bibir, membekalkan hidrasi berpanjangan serta mengandungi khasiat vitamin baik dari buah-buahan terpilih.

(***)Teksturnya seperti air dan tidak melekit malah bisa kekal lama selama 12 jam. Tetapi, semakin lama, warnanya akan memudar  di bahagian luar bibir, menjadikan hasil solekan bibir anda kelihatan seperti selebriti K-Pop!



(***)#11 TonyMoly Egg Pore Tightening Pack

(***)Diramu dengan ekstrak bunga Kamelia dan komponen tanah liat yang berkesan untuk menyerap minyak berlebihan pada wajah serta kotoran debu yang tersumbat di dalam pori-pori muka.

(***)Masker ini mudah untuk digunakan bahkan, seperti yang kita semua tahu, telur ayam mempunyai banyak khasiat yang hebat untuk menaikan seri serta mengekal keremajaan kulit wajah manusia.

(***)Sebaik sahaja disapu, anda bakal merasakan sensasi hangat yang membuatkan pori wajah mengembang seterusnya mudah untuk produk tersebut menyerap jauh ke dalam kulit!



(***)#12 Etude House Precious Mineral Magic Cushion in Mint

(***)Sapukan ini ke atas wajah sebagai persedian sebelum menyapu bedak asas foundation atau krim BB. Precious Mineral Magic Cushion in Mint ini akan bantu menutup semua liang pori, kemerahan dan kekeringan pada wajah agar sapuan bedak asas serta krim BB menjadi lebih halus dan sekata.



(***)#13 Erborian Solid Cleansing Oil

(***)Berdasarkan kepada teknik pembersihan wajah berganda yang selalu diamalkan oleh orang Korea, produk krim pencuci jenis minyak ini diperbuat dari minyak bunga matahari dan 7 jenis herba yang dituai dari bumi Korea.

(***)Ia mencair di kulit seterusnya bertukar menjadi krim pembersih bercampur air. Kulit anda pasti rasa ringan dan suci selepas menggunakannya.



(***)#14 Lioele Waterdrop Sleeping Pack

(***)Menyerap jauh ke dalam lapisan kulit tanpa meninggalkan kesan lekit dan berfungsi memelihara keanjalan kulit ketika anda sedang tidur.

(***)Teksturnya berbentuk gel yang terasa sungguh ringan kala disapu ke atas permukaan kulit.



(***)#15 Holika Holika Pig-nose Clear Black Head 3-Step Kit

(***)Menyingkirkan bintik hitam punca pori tersumbat serta kemuculan jerawat dengan tiga langkah optimum!

(***)Membuka liang pori, membersih liang pori serta mengecutkan liang pori. Raang telah berpuas hati dengan hasil yang diberikan oleh Holika Holika Pig-nose Clear Black Head 3-Step Kit ini.



(***)#16 Benton Snail Bee High Content Essence

(***)Terbaik untuk mereka yang mempunyai masalah kulit sensitif! Esennya sangat aktif dan berkesan untuk digunakan sebagai langkah awal dalam melahirkan kulit yang lebih segar dan gebu di pagi hari selepas selesai mandi dan mencuci muka.

(***)ia mengandungi 90% ekstrak lendir siput serta bisa lebah yang sebenrnya bermanfaat untuk kulit wajah manusia. Ia juga secara tidak langsung boleh menegang kulit dan memulihkan penampilan parut jerawat.



(***)#17 The Face Shop Mango Seed Silk Moisturizing

(***)Menyalurkan kelembapan yang boleh tahan lama sehingga 36 jam!

(***)Teksturnya selembut butter, dan hadir dengan sudu kecil yang digunakan untuk menyapu produk perkenaan ke atas kulit. Ia membuatkan kulit terasa sungguh hebat!

(***)Nantikan hasil kulit wajah yang bersinar selepas mengamalkan krim magis ini.



(***)#18 Caolion Premium Blackhead Steam Pore Pack

(***)Selain membersih liang pori tersumbat, ia juga boleh bantu menghakis sel kulit mati dengan cara memanas.Mungkin harga produk ini agak mahal tetapi ianya berbaloi kerana bekasnya besar. Anda pasti berpuas hati kerana hasil yang diberikan adalah sangat mengagumkan.Sapu sahaja pada hidung sepertio masker biasa, apabila kering, tarik dan bersihkan untuk lihat sejauh mana keberkesanannya.


EmoticonEmoticon