(**)Pokok daun pandan adalah sejenis tumbuhan tropika dalam keluarga Genus Pandanus. Ia digunakan dengan meluas dalam masakan di Asia Tenggara.Daunnya berwarna hijau menegak dan halus seperti bilah berjambak dan akar berkayu. Pokok daun pandan jarang berbunga dan membiak melalui keratan.
(**)Tanaman ini biasanya hidup di paya atau di tempat-tempat yang lembab dan teduh. Namun, kerana manfaat yang cukup besar bagi kehidupan manusia, tanaman ini sudah mula ditanam secara meluas.
(**)Manfaat Daun Pandan
(**)Mengurangkan darah tinggi
(**)Rebus daun pandan bersama 2 gelas air dan biarkan sehingga ia mendidih. Sejukkan dan minum.
(**)Menyembuhkan sakit sendi
(**)Ambil 3 helai daun pandan segar, cuci bersih kemudian potong-potong menjadi beberapa bahagian. Campurkan dengan setengah cawan minyak kelapa yang sudah dididihkan dan dikacau hingga merata. Setelah sejuk, gunakan sebagai ubat gosok untuk mengurut bahagian yang sakit.
(**)Mengurangkan bengkak payudara
(**)Ambil 2 hingga 3 helai daun pandan, tumbukkan sehingga lumat dan lumurkan pada payudara.
(**)Menghitamkan rambut
(**)Potong kecil daun pandan dan rebus sehingga airnya berwarna hijau. Embunkan semalaman. Pada keesokannya masukkan air perahan 3 biji buah mengkudu dan ramas rambut dengan air ini selama 10-15 minit. Lakukan ¾ kali seminggu.
(**)Membunuh kuman dalam darah
(**)Amalkan pengambilan air rebusan daun pandan dapat membantu membunuh kuman dalam darah.
(**)Mengatasi masalah kelemumur
(**)Ambil 10 helai daun pandan lalu tumbuk sehingga halus. Tambahkan 2 gelas air. Setelah ditapis, usapkan air hasil tapisan tersebut ke rambut yang sebelumnya sudah diramas. Kemudian bilas dengan air bersih.
(**)Mengurangkan sakit pangkal paha
(**)Gunakan 5 helai daun pandan, 20 helai daun sirih dan satu sudu minyak kayu putih. Tumbuk kesemua bahan itu dan lumurkan pada bahagian yang sakit.
(**)Menambahkan selera makan
(**)Ambil 2 helai daun pandan dan rebuskan bersama 3 gelas air. Minum air rebusannya untuk menambah selera makan.
(**)Ubat panau
(**)Segenggam daun pandan, tumbuk hingga halus, kemudian ambil airnya dan campur dengan sedikit garam. Minum ramuan ini sehari sekali selama 3 hari berturut-turut.
EmoticonEmoticon