Tuesday 24 May 2016

Khasiat Air Herba Untuk Kaum Hawa

Tags


(**)Tubuh memerlukan air secukupnya untuk peredaran fungsi tubuh yang mantap. Tidak cukup air dalam tubuh boleh menyebabkan kesihatan terganggu dan berlakunya dehidrasi yang menjadi punca sembelit dan sebagainya.

(**)Selain air kosong, tubuh juga boleh ‘dibantu’ dengan minuman kesihatan yang berfungsi membuang angin, detoks dan menambah baik kesihatan dalaman wanita. Penggunakan pelbagai jenis herba menambah lagi manfaat minuman ini untuk tubuh si peminum.


(**)1. JUS INFUSION TENAGA METABOLISME


(**)Bahan-Bahan:

(**)1 liter air
(**)1 biji epal hijau (dihiris nipis)
(**)2 inci kulit kayu manis
(**)1 potong nanas (dipotong nipis)

(**)Cara Membuat:

(**)Campur semua bahan di dalam bekas kaca berpenutup.
(**)Simpan semalaman di dalam peti sejuk.
(**)Air boleh ditambah lagi ke dalam bekas selagi bahan-bahan masih segar.

(**)2. JUS MANJAKANI KURMA MERAH


(**)Bahan-Bahan:

(**)1 cawan kurma merah (direndam sehingga lembut)
(**)½ cawan goji
(**)3 biji manjakani
(**)3 liter air

(**)Cara Membuat:

(**)Rebus semua bahan sehingga air tingga separuh.
(**)Boleh diminum suam atau disimpan dalam peti sejuk.

(**)3. JUS KUNYIT BERCAMPUR LONGAN


(**)Bahan-Bahan:

(**)3 cm halia
(**)1 cawan longan kering
(**)1 ketul gula batu
(**)2 liter air

(**)Cara Membuat:

(**)Rebus semua bahan sehingga air tingga separuh.
(**)Boleh diminum suam atau disimpan dalam peti sejuk.

(**)4. JUS TOLAK ANGIN


(**)Bahan-Bahan:

(**)2 batang serai (dititik)
(**)2 keping asam keping (atau ½ biji lemon dihiris)
(**)3 cm halia
(**)2 liter air

(**)Cara Membuat:

(**)Rebus semua bahan sehingga air tingga separuh.
(**)Boleh diminum suam atau disimpan dalam peti sejuk.
(**)Minum satu cawan sekali sehari bergantung kepada keperluan.


EmoticonEmoticon