Thursday, 19 May 2016

Ketahui Vitamin Yang Dapat Hilangkan Garis-Garis Halus Di Sekitar Mata Anda

Tags


(**)Apakah selama ini anda telah banyak menghabiskan wang semata-mata untuk menghilangkan kedutan ataupun garis-garis halus di sekitar mata, sedangkan hasilnya tetap mengecewakan?


(**)Selain faktor usia ada banyak faktor lain yang menyumbang atau menyebabkan mata tidak dapat bekerja secara optimum ataupun semakin berkurangan keindahannya. Biarpun tubuh kita memiliki sistem sendiri untuk menjaga keindahan mata daripada kerosakan, namun kita perlu menjaganya agar penglihatan tetap sihat. Selain itu, kita juga perlu memberikan bahan ataupun makanan yang tepat untuk kesihatan mata.Jangan abaikan kepentingan pengambilan zat yang boleh diperoleh dari buah-buahan dan sayur-sayuran yang mampu menjaga kesihatan mata. Berikut beberapa vitamin untuk mata yang sangat diperlukan untuk membantu kesihatan mata.

(**)Vitamin Untuk Mata
(**)Vitamin A
(**)Vitamin A merupakan vitamin untuk mata yang paling bagus dan terdapat banyak pada sebahagian besar makanan yang kita makan. Lobak merah berada di kedudukan paling atas makanan terbaik untuk kesihatan mata. Lobak merah mengandungi vitamin A dan beta karoten yang meningkatkan kesihatan mata secara keseluruhan. Selain itu, lobak merah juga kaya dengan serat dan kalium yang baik untuk kesihatan mata.Di samping itu, bukan hanya lobak merah sahaja mempunyai vitamin untuk mata, sebaliknya ubi jalar, betik dan banyak jenis buah-buahan lain yang mengandungi nutrisi ini. Kekurangan vitamin A untuk mata boleh menyebabkan rabun malam atau menurunnya penglihatan di malam hari.

(**)Vitamin Untuk Mata
(**)Vitamin C & Vitamin E
(**)Sinaran matahari sememangnya boleh menyebabkan kerosakan pada mata kerana sinar UV-nya yang berbahaya. Vitamin C dan E adalah dua nutrisi yang bersifat antioksidan, yang membantu menyerap sebahagian dari molekul peosak dari radiasi matahari. Perkara ini juga sama dengan ‘lutein’ dan ‘zeaxanthin’ yang juga membantu mencegah penyakit katarak dan ‘degenerasi makula’.Buah oren terkenal kerana sumber vitamin C yang tinggi, namun lada benggala merah ternyata memiliki kandungan vitamin C, tiga kali ganda lebih banyak. Brokoli juga tinggi mengandungi vitamin ‘asid askorbat’. Kacang-kacangan, ubi jalar, sayur-sayuran berdaun hijau, dan jenis minyak jenis tertentu seperti minyak bunga matahari, biji gandum dan minyak zaitun tinggi mengandungi vitamin E.

(**)Vitamin Untuk Mata
(**)Asid Lemak Omega 3
(**)Omega 3 DHA dan EPA adalah sejenis asid lemak iaitu nutrien yang sangat penting kepada retina mata dan otak .DHA dan EPA, merupakan dua bentuk dari Omega 3 yang membantu menjaga fungsi mata agar tetap sihat Makanan sumber Omega 3 yang baik adalah ikan laut berlemak, seperti ikan salmon, sardin, ikan tenggiri dan sebagainya. Manakala DHA pula boleh ditemui dalam makanan seperti rumpai laut dan kacang-kacangan, seperti biji walnut. Minyak sayur juga merupakan sumber asid lemak Omega 3.

(**)Vitamin Untuk Mata
(**)Zinc
(**)Zinc juga memainkan peranan penting pada mata, iaitu membantu mengirimkan vitamin A dari hati ke retina untuk menghasilkan melanin. Zinc juga berfungsi di sekitar retina dan jaringan pembuluh darah di sekitar mata. Makanan kaya dengan zinc ialah tiram dan daging merah. Kacang-kacangan seperti kacang merah dan buncis juga merupakan alternartif yang baik yang mendapatkan zinc.

(**)Vitamin Untuk Mata
(**)Lutein
(**)Lutein dan Zeaxanthin adalah dua nutrisi penting yang boleh ditemui dalam sayur-sayuran berdaun hijau seperti sawi,bayam, dan kangkung. Nutrisi ini membantu mata dengan cara melindunginya dari sinar UV-A sinar matahari yang berbahaya. Ia akan mengurangkan risiko ‘degenerasi makula’ (menurunnya fungsi penglihatan) disebabkan usia, merupakan penyebab utama kebutaan. Namun, tubuh kita memerlukan bantuan lemak supaya boleh menyerap lutein dan zeaxanthin ini. Jadi, minyak zaitun yang ditambahkan dalam salad boleh membantu.


EmoticonEmoticon