(**)jojoba oil adalah ekstrak minyak yang diambil daripada biji tanaman jojoba. Terlalu banyak khasiat daripada minyak jojoba untuk kecantikan wanita, di antaranya kecantikan kulit, rambut dan kuku.
(**)Berikut beberapa khasiat minyak jojoba:
(**)1. Mencantikan Rambut
(**)Selain melembabkan kulit kepala dan mencegah kelemumur, minyak jojoba menyihatkan kulit kepala. Jika kulit kepala anda kering, minyak jojoba bertindak sebagai penganti sebum,melembabkan folikel rambut dan mencegah rambut menjadi kusut serta kasar. Untuk rambut kering dan kasar, anda hanya perlu menambahkan beberapa titis minyak jojoba ke perapi rambut. Gunakan seperti conditioner atau perapi biasa, kemudian bilas sehingga bersih. Rambut anda akan nampak lebih sihat dan bersinar.
(**)2. Pelembab Muka
(**)Minyak jojoba juga boleh menjadi pelembab muka kerana sifatnya sama seperti minyak yang dikeluarkan oleh kulit semulajadi manusia. Minyak jojoba sangat serasi dengan kulit manusia. Penggunaan minyak jojoba sebagai pelembab menjadikan kulit lembut dan mampu mencegah kekeringan kulit.
(**)3. Ubat Jerawat
(**)Minyak jojoba juga sering digunakan untuk mengubati jerawat. Minyak jojoba bersifat anti-inflamasi, yang membantu mencegah peradangan seperti jerawat.
(**)4. Pembersih Mekap
(**)Minyak jojoba tidak menyebabkan jangkitan mata atau alergi sehingga anda boleh menggunakannya sebagai pembersih solekan mata. Minyak jojoba juga boleh digunakan untuk membersihkan sisa-sisa mekap pada wajah seperti bedak, lisptik, maskara dan pemerah pipi.
(**)5. Pelembab Bibir
(**)Bagi anda yang mengalami masalah bibir kering dan pecah-pecah, sapukan minyak jojoba ke bibir secara rutin. Penggunaan minyak jojoba pada bibir akan membantu melembabkan serta melembutkan kulit bibir. Minyak jojoba juga boleh digunakna sebagai pengganti lip balm.
(**)6. Mencantikan Kuku
(**)Minyak jojoba memberikan kecerahan pada kuku yang kusam serta memperindahkan kuku yang mula rosak dan kering. Ini adalah kerana minyak jojoba mengandungi minyak essential semulajadi serta mempunyai pelbagai nutrisi seperti vitamin E yang bagus untuk kuku.
EmoticonEmoticon