(**)Nafsu makan sering menjadi penyebab utama diet anda sentiasa gagal!
(**)Sebenarnya mencari menu makanan sihat untuk diet tidak sesukar mana. Anda yang sedang berdiet atau mahu kembali mendapatkan berat badan yang ideal harus bijak memilih makanan. Ada beberapa jenis makanan yang boleh membuatkan anda makan lebih sedikit atau membuatkan anda kenyang. Secara tidak langsung ia kawal nafsu makan anda yang mungkin berlebihan itu.
(**)Cuba Kawal Nafsu Makan anda dengan makanan ini:
(**)1. Epal
(**)Epal merupakan salah satu buah-buahan yang mempunyai kandungan nutrisi bagus untuk tubuh. Makanlah sebiji epal satu jam setengah sebelum anda menjamah menu utama. Serat dan kandungan air yang terdapat dalam epal akan mengenyangkan perut anda sehingga anda akan menjamah makanan lebih sedikit.
(**)2. Avokado
(**)Lengkapkan menu makan tengahari anda dengan sepotong avokado. Buah ini juga mampu memberikan rasa kenyang yang tahan lama di perut anda. Bahkan terdapat kajian daripadaNutrition Journal, mengatakan pengambilan tersebut akan membuatkan anda berasa lebih kenyang sampai ke petang.
(**)3. Sup
(**)Makanlah semangkuk sup rendah kalori sebagai menu pembuka selera sewaktu makan tengahari anda. Ia berguna untuk mengurangi 20% pengambilan kalori. Sup mengambil banyak tempat di perut sehingga anda mampu kawal nafsu makan.
(**)4. Dark Chocolate
(**)Jika anda ingin mengunyah sesuatu yang manis, pilihlah coklat hitam. Ia dipercayai dapat memberikan efek mengenyangkan berbanding susu coklat.
(**)5. Oatmeal
(**)Pengambilan oatmeal akan membuat anda berasa kenyang lebih lama kerana ia mengandung serat lebih tinggi.Oatmeal juga berupaya menurunkan keinginan untuk makan dengan lebih banyak.
(**)6. Kacang & Buncis
(**)Kacang, buncis, dan kacang peas juga merupakan salah satu makanan yang dengan kaya serat antioksidan, dan vitamin B. Makan banyak kacang-kacangan dapat kawal nafsu makan anda. Pengambilan kacang almond, akan membuatkan perut anda terasa penuh sehingga anda makan sedikit sahaja. Tak percaya, cubalah.
(**)7. Telur
(**)Nikmati sarapan anda dengan telur. Anda dapat menahan rasa lapar itu hingga ke tengahari. Sebuah kajian yang dilakukan oleh University of Missouri di Columbia, menyatakan bahawa dalam menu sarapan pagi terdapat 300 kalori dan 30 hingga 39 gram protein yang akan mengurangi rasa lapar dan meningkatkan rasa kenyang di antara waktu sarapan dan makan tengahari. Ini menunjukkan, anda baiknya anda mengambil atau memilih makanan yang banyak protein berbanding banyak kalori!
EmoticonEmoticon