Monday 16 May 2016

Jom… Jom… Rasai Keseronokkan Bercuti Di Krabi

Tags


(**)tentu ramai yang mencari lokasi-lokasi percutian yang menyeronokkan.Pesona menakjubkan di Pulau Krabi tidak perlu diragukan lagi.

(**)Jika anda mahukan suasana yang mampu memukau pandangan mata, serta kedamaian yang melegakan otak, jom bercuti ke Krabi.

(**)Ayuh, semak beberapa tempat menarik di Krabi yang wajib anda kunjungi!



(**)1. Bambo Island


(**)Pulau bamboo seolah-olah syurga yang tersembunyi di dalam Pulau Krabi. Pulau ini sangat cantik dan mempunyai kemudahan berkhemah dan kemudahan asas seperti tandas serta chalet. Saiz pulau ini agak kecil berbanding dengan pulau lain. Keputihan pasirnya pasti membuatkan anda jatuh cinta dengan keindahan pantai tersebut.



(**)2. Phi-Phi Island


(**)Bercuti di Krabi memang tidak sah jika tidak berkunjung ke Phi-Phi Island. Ia mengambil masa selama 45 minit dari Ao Nang Beach. Walaupun pulau yang paling cantik ialah Pulau Bamboo, tetapi di sini anda bebas untuk mandi atau jalan-jalan di sekitarnya. Air lautnya juga sangat jernih dan permandangan amat cantik pernah menjadi lokasi peggambaran filem ‘James Bond.’ Disebabkan pantainya yang cantik, jadi ramai pengunjung yang bermandi manda di sana menyebabkan suasana di sini agak sesak. Tambahan pula, kedudukan pantai ini yang dikelilingi dengan pulau lain, ia juga bebas dari ombak besar.



(**)3. Four Island

(**)Ia merupakan salah satu pulau yang ada di Krabi. Lebih murah berbanding Phi Phi lsland disebabkan jarak ke pulau-pulau ini berhampiran dengan tanah besar. Anda boleh mencuba menaiki Long Tail Boat sambil menikmati permandangan cantik dan menarik untuk bergambar. Kejernihan air laut di pulau ini tidaklah standing Phi Phi Island.



(**)4. Emerald Pool


(**)Emerald Pool atau Hot Spring juga agak menarik, tetapi jiak anda pergi melalui ‘travel agency’ anda mungkin akan berasa tidak puas kerana jadual yang diberikan adalah sedikit ketat dan terlalu ramai pengunjung akan menyukarkan anda untuk turut bermandi manda di situ. Tiket masuk ke Emerald Pool bagi dewasa ialah RM20 manakala bagi kanak-kanak ialah RM10. Anda dinasihatkan untuk membawa bekalan makanan kerana di sini agak sukar untuk mencari makanan halal. Perjalanan dari Ao Nang ke Emerald Pool mengambil masa lebih kurang 1 jam.



(**)5. Elephant Trekking


(**)Elephant Trekking merupakan tempat di mana anda boleh melihat gajah di depan mata sendiri. Anda juga boleh menaiki gajah dan melalui suatu pengalaman yang menakjubkan di sana.



(**)Tips Bercuti Ke Krabi

(**)1. Tempahan bagi tiket penerbangan dan hotel adalah sangat mudah   melalui online atau anda boleh menggunakan khidmat ‘travel agency’.



(**)2. Ikut arahan pembelian tiket melalui online dengan betul serta masukkan tarikh perlepasan dengan tepat. Gunakan pembayaran melalui ‘credit card’, ‘cimb clicks’ ataupun ‘maybank2u’.



(**)3. Pilih lapangan terbang yang terdekat.



(**)4. Simpan resit pembayaran supaya mudah untuk anda berurusan jika anda menghadapi masalah.



(**)5. Cari lokasi hotel yang terdekat supaya mudah untuk anda mencar tempat makan yang halal.



(**)6. Cari ‘public transport’ apabila tiba di Lapangan Terbang Krabi untuk menuju ke hotel jika anda tidak menggunkan perkhidmatan ‘travel agency’.



(**)7. Semasa dalam perjalanan, jika pemandu berhenti di suatu kedai, akan terdapat beberapa orang Thailand yang akan menawarkan pakej ‘Island Hoping’ , sewa kenderaan dan pelbagai lagi. Sebenarnya harga yang mereka letakkan adalah lebih mahal berbanding dari travel agency’.



(**)8. Pakai pakaian yang sesuai dan selesa ketika anda menjalankan aktiviti ‘Island Hoping’. Anda juga digalakkan untuk memakai topi untuk mengelakkan dari terkena panas matahari yang terik.



(**)9. Hanya 80% sahaja makanan halal yang terdapat di Krabi dan harga juga tidak terlalu mahal.



(**)10. Anda boleh menyewa motosikal untuk bersiar-siar di sekitar kawasan tersebut.



(**)11. Anda boleh menukar duit ketika anda berada di Malaysia ataupun ketika anda berada di sana.Thailand menggunakan nilai mata wang ‘bath’.


EmoticonEmoticon