(**)Rata-rata anda yang minat berniaga sudah pasti mahu memiliki perniagaan sendiri.Namun, untuk memulakan suatu perniagaan sendiri bukanlah perkara yang mudah.
(**)Di permulaan perniagaan sudah pasti banyak cabarannya. Banyak pengorbanan yang diperlukan, samada dari segi waktu, tenaga, modal. Malahan, di permulaan perniagaan ada juga di antara anda yang terpaksa mengenepikan reputasi yang telah dimiliki sebelumnya. Sungguhpun begitu, semua pengorbanan tersebut tidak mampu menandingi kepuasan serta rasa bangga yang dirasakan setelah perniagaan anda menempuh kejayaan.
(**)Berikut beberapa perkara yang ‘biasa’ dan perlu diharungi di permulaan perniagaan yang sedang anda usahakan.
(**)Jangan Sekadar Berangan Tinggi!
(**)Sebuah usaha yang sukses selalu bermula daripada angan-angan yang besar. Namun, sekadar berangan tinggi tidak mencukupi. Anda perlu percaya pada diri sendiri dan idea perniagaan yang sedang anda jalani. Langkah berikutnya adalah merealisasikan angan-angan tinggi anda itu menjadi suatu tindakan yang nyata.
(**)Sesuaikan Angan-Angan Tinggi Dengan Tindakan
(**)Setelah anda mempunyai angan-angan yang tinggi, anda perlu mengambil inisiatif dan memastikan bahawa anda bekerja setiap hari untuk meraih angan-angan anda yang setinggi langit itu. Perlu diingat, angan-angan tinggi yang tidak disertai dengan kerja keras hanyalah sia-sia!
(**)Selalu Yakin Pada Perniagaan Yang Sedang Anda Buat Ketika Anda
(**)Di permulaan perniagaan, sudah pasti anda perlu fokus pada tujuan anda yang sebenarnya. Anda perlu yakin pada diri sendiri dalam memasarkan produk anda. Sekalipun anda merasakan masih mentah dalam dunia perniagaan, terutama soal pemasaran. Namun, seiring dengan perniagaan yang sedang anda lakukan anda tetap perlu mengasah kemampuan marketing anda!
(**)Kena Selalu Positif
(**)Di permulaan perniagaan yang sedang anda jalani, adakalanya nda akan membuat kesalahan atau kesilapan.Tetapi, anda tidak perlu bimbang kerana kesalahan memang suatu bahagian yang tidak dapat dipisahkan dalam perniagaan. Apa yang penting adalah bagaimana anda mengambil pelajaran berharga dari kesalahan tersebut demi kemajuan perniagaan yang sedang anda buat.Selain itu, jiwa anda mesti kental. Membangunkan perniagaan tidak selalunya mendapat sokongan daripada orang-orang di sekeliling anda. Jadi, pasti anda yang mencemuh atau cuba melemahkan semangat anda. Cekalkan hati dan fokuskan kepada orang-orang yang mampu memberikan inspirasi serta mendorong anda untuk terus maju ke hadapan.
(**)Menghormati Pelanggan
(**)Dalam suatu perniagaan, sama ada di permulaan perniagaan atau perniagaan anda itu sudah lama bertapak, kejayaan suatu perniagaan itu tidak lari daripda peranan pelanggan anda. Perniagaan anda hanya mampu bertahan jika anda mampu menarik dan mempertahankan pelanggan. Anda mampu melakukannya jika anda memahami apa yang mereka mahukan dan melayan baik serta menghormati mereka. Sentiasa cuba mendengar serta memahami apa yang mereka mahukan.
EmoticonEmoticon