Wednesday, 25 May 2016

Daun Kemangi Merawat Batuk & Selsema

Tags


(**)Daun Kemangi adalah tumbuhan yang gemar tumbuh ketika musim hujan. Daun Kemangi adalah tumbuhan herba nativ di Asia Tenggara yang mempunyai pokok bersaiz kecil.


(**)Tubuhnya dibalut oleh bulu halus yang selamat untuk disentuh. Di dalam bunganya, terdapat biji yang banyak dimanfaatkan oleh masyarakat sebagai bahan pengganti biji selasih. Daun Kemangi juga mempunyai rasa dan aroma khas.Aroma khasnya mengandungi sitral yang tinggi pada daun dan bunganya. Kemangi adalah tumbuhan tahunan yang tumbuh tegak dengan cabang yang banyak. Tanaman ini berbentuk perdu yang tingginya mampu mencapai 100cm. Bunganya tersusun di batang yang tegak.

(**)Khasiat Daun Kemangi

(**)Anti Peradangan
(**)Daun kemangi mengandung zat cineole myrcene dan eugenol yang berperanan sebagai antibiotik semulajadi dalam tubuh. Antibiotik tersebut berperanan penting dalam mencegah terjadinya keradangan pada tubuh.

(**)Merawat Batuk dan Selesema
(**)Daun ini mengandungi bahan yang mampu menjauhkan bakteria penyebab batuk dan selsema. Manfaat tersebut boleh anda dapatkan dengan meminum rebusan kemangi. Selain dapat mengelakkan batuk selsema, daun kemangi juga mampu menghangatkan tubuh.

(**)Menjaga Kesihatan Mata
(**)Daun kemangi mengandung vitamin A yang mampu menjaga kesihatan mata. Cara menggunakannya adalah dalam bentuk minuman atau boleh juga dimakan mentah bersama nasi. Walaupun vitamin A yang terkandung dalam daun kemangi tidak sebanyak vitamin A dalam lobak, namun jumlah tersebut masih cukup untuk menjaga kesihatan mata.

(**)Mengubati Keputihan
(**)Di dalam daun kemangi terdapat kandungan antibiotik semulajadi yang mampu membunuh kuman penyebab keputihan. Selain dapat mengelakkan keputihan, daun kemangi juga mampu menjaga aroma Miss V.

(**)Mengatasi Bau Mulut Dan Badan
(**)Mungkin tidak banyak yang tahu, bahawa daun kemangi mampu menyelesaikan masalah bau mulut dan badan. Oleh itu, banyak ramuan tradisional yang melibatkan daun kemangi untuk merawat masalah bau mulut dan badan.

(**)Menjaga Kesihatan Jantung
(**)Kegunaan dari tanaman ini adalah sebagai ubat kesihatan jantung. Hal tersebut kerana daun kemangi mengandung betakaroten dan magnesium yang sangat tinggi. Tidak hairan jika dengan mengambil daun kemangi, jantung anda akan tetap sihat.


EmoticonEmoticon