Thursday, 12 May 2016

Bergaya Klasik Dan Dramatik Dengan Lipstik Merah

Tags


(**)Merah menjadi warna klasik yang tidak pernah habis dimamah waktu! Jadi, anda tidak perlu ragu jika anda  ingin memakai lipstik warna merah yang klasik dan dramatik.


(**)Bibir yang merah merona dengan lipstik merah akan  membuatkan  wajah anda nampak lebih cerah dan muda. Namun, tidak semua warna kulit sesuai dengan lipstik merah. Sekalipun anda ingin sekali memakai lipstik merah, anda perlu menyesuaikannya agar ia sesuai dengan kulit anda.



(**)Untuk mendapatkan warna merah yang sesuai dengan wajah, anda perlu mengikuti trik berikut supaya penampilan anda tetap cantik dan menawan.

(**)Seimbangkan Mata & Pipi
(**)Fokuskan solekan pada bibir. Jika anda mahu memakai lipstik merah, sebaiknya seimbangkan solekan mata dan pipi. Untuk mata, pilih pembayang mata warna natural dan lembut, seperti coklat muda, krim atau kelabu.Manakala untuk pipi, sapukan pemerah pipi berwarna peach atau merah muda lembut.



(**)Lentikkan Bulu Mata Sahaja!
(**)Jika anda cukup yakin dengan diri anda, jangan pakai eyeliner. Memadai jika anda  lentikkan bulu mata sahaja, kemudian pakai maskara hitam.Sempurnakan solekan anda  dengan menyapu loose powder transparan nipis-nipis pada seluruh wajah.



(**)‘Bingkai’ Bibir Anda
(**)Biasanya lipstik merah mudah luntur, jadi aplikasikan lip liner sebelum anda pakai lipstik. Pilih lip liner yang senada dengan warna lipstik atau senada dengan warna bibir (natural).



(**)Pilih Lipstik Merah Maroon atau Coral?
(**)Pilih lipstik bewarna merah yang paling serasi dengan warna kulit anda. Jika kulit anda cerah (putih atau kuning langsat), solekan wajah akan jadi lebih menonjol dengan lipstik warna merah maroon atau merah keunguan (plum). Jika kulit anda cenderung gelap (coklat atau sawo matang), lipstik warna merah coral atau merah kecoklatan akan kelihatan lebih cantik pada bibir anda.



(**)Kombinasikan Lipstik Merah Dengan Warna Lain
(**)Jangan ragu untuk mencuba pelbagai warna lipstik. Jika anda merasakan lipstik merah kurang sesuai dengan kulit dan wajah anda, campurlah dengan lipstik warna lain seperti nude atau mocca.Cuba dapatkan kombinasi warna lipstik merah yang paling serasi dengan karakter wajah anda.


EmoticonEmoticon