Wednesday, 4 May 2016

Atasi Masalah Payudara Kendur Dengan 3 Senaman Mudah Dan Petua Tegangkan Payudara

Tags


(**)Memiliki payudara yang montok dan menawan adalah dambaan semua wanita. Payudara merupakan aset penting bagi tubuh badan wanita.


(**)Menjaga kecantikan dan ketegangan payudara sangat penting bagi penampilan anda sebagai wanita.Namun, ada beberapa faktor yang menyebabkan payudara perlahan-lahan beransur kendur. Antaranya disebabkan penambahan usia, mengandung, menyusukan bayi ataupun mengurangan berat badan.

(**)Jadi, bagaimana mahu mengembalikan payudara anda kembali tegang dan montok?Senaman menegangkan payudara boleh membantu anda mengembalikan kecantikan payudara anda. Bukan sahaja mudah, malah tidak mengambil masa yang lama.

(**)Senaman Tegangkan Payudara

(**)1. Push-Up

(**)Pergerakan atas bawah ini bukan sahaja membantu anda membina otot, tetapi juga mengembalikan ketegangan payudara anda! Wah, mudah bukan? Ambil beberapa minit masa anda untuk melakukan senaman ini setiap hari.



(**)2. Mesin Pec Deck Flyes

(**)Pernah melihat mesin senaman ini gimnasium? Biasanya para lelaki “sado” yang menggunakannya. Duduk pada mesin ini dan selaraskan kedudukan kerusi sehingga sokongan padding tangan berada pada kedudukan selesa untuk lengan anda.

(**)Tolak kedua-dua pad tangan kepada pertengahan payudara anda. Tahan seketika dan kembali ke posisi asal. Lakukan beberapa seti dengan 10 hingga 12 kali ulangan. Ia pasti membantu anda menegangkan payudara!



(**)3. Chest Press

(**)Genggam dumbbell dan baringkan tubuh di bench. Mulakan dengan mengangkat dumbbell ke atas bahagian pertengahan payudara. Turunkan dumbbell ke bawah dengan perlaha sehingga ia hampir menyentuh dada anda. Pergerakan ini membantu anda menegangkan lagi payudara dan mencergaskan anda.



(**)Info Extra!

(**)Petua Tegangkan Payudara

(**)Labu
(**)Kupas sebji labu dan masak sehingga empuk. Ramas labu itu ketika masih suam. Kemudian, sapukan labu tadi keseluruh bahagian payudara anda. Biarkan selama 20 minit sebelum dibilas. Lakukan petua ini sebanyak 2 kali seminggu.

(**)Daun Sirih
(**)Ambil beberapa helai daun sirih dan layurkan di atas api sehingga panas. Jangan terlalu lama kerana daun sirih boleh terbakar. Kemudian, tekapkan daun sirih yang panas itu keseluruh bahagian payudara kecuali puting. Kemudian pakai bra anda dan biarkan sehingga 2 jam. Kemudian, anda boleh mengeluarkan daun sirih itu.


EmoticonEmoticon