(**)Kebanyakan wanita hari ini jarang yang amal minum air rebusan seperti ini, walaupun sudah tahu tentang khasiat dan kebaikannya untuk tubuh badan.
(**)Namun jika benar anda mahu jaga badan untuk Encik Abang Sayang, bolehlah jadikan minuman ini sebagai amalan...
(**)1. REBUSAN SERAI & HALIA
(**)Ambil 3 batang serai
(**)4cm halia @ 2 ketul
(**)Diketuk kedua bahan di atas.
(**)Direbus dgn 3 gelas air dijadikan sehingga 1 gelas air.
(**)Tunggu suam diminum.
(**)Rebusan ini seeloknya dibuat seminggu 2 / 3 kali. Sesuai diamalkan kepada sesiapa yang sentiasa letih dan lenguh-lenguh badan. Kolestrol tinggi dan sakit urat saraf. Disyorkan minum selepas makan di siang hari.
(**)2. REBUSAN SIREH
(**)Ambil daun sireh 3 ke 5 helai.
(**)Direbus dengan 3 gelas air dan jadikan 1 gelas. Tunggu suam dan diminum.
(**)**Tambahan: boleh dicampurkan dengan bunga cengkih 3 kuntum.
(**)Untuk menghilangkan bau badan dan pulihkan segala sakit urat dan sengal-sengal badan.
(**)Rebusan ini seeloknya diamalkan setiap seminggu ke 10 hari sekali.
(**)3. REBUSAN SIREH & DAUN INAI
(**)3 atau 5 helai daun sireh.
(**)Segenggam daun Inai.
(**)Direbus dgn 3 gelas air dan jadikan sehingga 1 gelas air. Minum bila sudah suam.
(**)Rebusan ini sesuai paling sesuai digunakan bagi perempuan yang mengalami keputihan dan lendiran yang banyak. Juga berbau.
(**)Elok diamalkan selepas haid.
(**)4. REBUSAN HALIA, SERAI, CENGKIH & KUNYIT
(**)2 / 3 batang serai diketuk
(**)3cm halia (tua/muda) diketuk
(**)2cm kunyit diketuk
(**)Sedikit kulit kayu manis / bunga
(**)Cengkih / bunga lawang
(**)Daun pandan sehelai
(**)Sedikit gula batu (boleh diganti madu jika suka)
(**)Rebusan ini seeloknya diambil setiap kali sebelum atau selepas haid. Cukup sekali sebulan sahaja. Bagus untuk mewangikan tubuh badan wanita dalaman dan luaran.
(**)Segala resepi dan ramuan di atas, anda boleh amalkan mengikut kepada keperluan dan kesesuaian badan anda. Tidak disyorkan ambil setiap hari. Sila aturkan mengikut keperluan badan sendiri.
(**)Ini adalah amalan untuk penjagaan kesihatan terutama bagi menjaga dalaman badan dan menyegarkan urat saraf. Membuang toksid dan lemak.
EmoticonEmoticon