Wednesday 4 May 2016

8 Jenis Alat Senaman Yang Boleh Buat Anda Lebih Sihat Dan Cergas

Tags


(**)Semua orang ingin kelihatan sihat dan ‘fit’. Tetapi ada di antaranya yang ‘super sibuk’ sehingga tak sempat untuk ke gym.


(**)Namun, mereka masih mahu untuk sentiasa tampil kurus dan sihat. Jangan bimbang, anda masih berpeluang untuk memiliki tubuh badan yang ideal sepertimana anda inginkan.Jom kenali beberapa alat senaman yang boleh anda gunakan untuk bersenam di rumah. Alat senaman ini sangat menjimatkan ruang dan membolehkan anda bersenam dengan pelbagai cara. Harganya juga tidak terlalu mahal.


(**)1. Chin Up Bar

(**)Alat senaman ini sangat mudah untuk digunakan. Pada harga yang berpatutan, anda boleh bersenam di dalam rumah tanpa ada gangguan. Apa yang anda boleh lakukan dengan alat senaman ini ialah melatih di bahgaian bahu, belakang badan, ‘sit-up’ dan ‘push-up’.


(**)2. Abs Workout Roller

(**)Pasti ramai suri rumah yang runsing bagaimana untuk mendapatkan perut yang kempis, anda boleh menggunakan Abs Workout Roller. Ia adalah alat senaman yang baik untuk mengempis bahagian perut dengan hanya 10 minit setiap sesi dan anda pasti terkejut melihat hasilnya kelak.


(**)3. Tikar Yoga

(**)Ia bukan sahaja untuk kegunaan yoga semata-mata bahkan anda boleh menggunakan tikar ini sebagai pelapik ketika anda melakukan senaman ‘sit-up’ serta ‘push-up’


(**)4. Adjustable Dumbbells

(**)Ini adalah salah satu alat senaman wajib bagi orang lelaki. Kaum wanita juga boleh menggunakan alat senaman ini kerana ia tidak semestinya digunakan untuk membina otot di bahagian lengan. Anda boleh menukar berat bebanan mengikut kesesuaian anda. Selain itu, anda tidak perlu berasa runsing untuk menyimpan alat senaman ini kerana  ia juga menjimatkan ruang.


(**)5. Exercise Ball

(**)Berbagai jenis senaman yang boleh dilakukan menggunakan alat senaman  ini. Antaranya ialah ‘triceps-dip’, ‘lower abs cruch’, dan ‘side squat’. Anda hanya perlu menjadi kreatif tetapi anda juga perlu mengambil kira soal keselamatan.


(**)6. Multipurpose Workout Bench

(**)Multipurpose Workout Bench boleh diselaraskan kepada 45 atau 90 darjah, alat senaman ini telah siap dipasang ketika anda membelinya. Pelbagai jenis posisi senaman yang boleh dilakukan menggunakan alat senaman ini seperti senaman untuk kaki, bahagian perut dan juga mengangkat berat bagi senaman otot lengan.


(**)7. Treadmill

(**)Pasti ramai yang tahu tentang alat senaman ini. Alat senaman treadmill merupakan alat senaman yang membolehkan anda berlari atau berjogging mengikut kelajuan yang anda pilih. Selain dari hanya berlari dan berjogging, anda juga boleh mengetahui jumlah kalori yang berjaya dibakar melalui larian anda.


(**)8.Exercise Bike

(**)Mengayuh basikal di taman rekreasi atau kawasan lapang kedengaran seperti menyeronokkan, namun ada sesetengah di antara kita yang berasa agak malu untuk melakukan senaman ini di kawasan terbuka. Oleh itu, alat senaman ‘exercise bike’ amat sesuai untuk anda melakukan senaman di dalam rumah. Kayuhannya sama juga seperti anda mengayuh basikal biasa, cuma yang memebezakannya ialah kawasan persekitaran anda sahaja.


(**)Kesimpulannya ialah:

(**)Melakukan senaman secara berkala dapat meningkatkan kecekapan organ tubuh seperti menguatkan tulang belakang dan otot perut, memperbaiki postur atau posisi tubuh dan mampu mencegah sakit belakang terutamanya apabila umur anda semakin meningkat. Oleh itu, usah berasa terbeban dengan melakukan senaman kerana ia memberi sejuta kebaikan terhadap kesihatan anda.


EmoticonEmoticon