Monday, 2 May 2016

6 Penyebab Anda Jadi Semakin Gemuk!!

Tags


(**)Kenaikan berat badan tidak semestinya berpunca daripada apa yang anda makan.Sebenarnya ada banyak faktor yang menjadi penyebab anda boleh jadi gemuk!


(**)Biasanya berat bada akan bertambah ketika kalori yang dibakar tubuh ketika membuat sesuatu lebih sedikit daripada kalori yang masuk daripada makanan yang dimakan. Ini bermakna selain daripada makan, ada banyak faktor lain yang mempengaruhi metabolism dan berat badan.



(**)Ingin tahu beberapa penyebab gemuk selain daripada makan? Baca artikel ini sampai habis ya…

(**)Stress Tahap ‘Gaban’
(**)Ternyata stress juga boleh menjadi salah satu perkara yang menyebabkan kegemukan. Apabila  mengalami stress, sebahagian orang akan mempunyai kecenderungan untuk kerap mengunyah. Di samping itu, ketika stress tubuh akan menjadi tegang dan mengeluarkan hormone ‘kortisol’. Hormon ini akan menjadi penyebab utama meningkatnya nafsu makan sehingga membuat anda semakin seronok untuk menikmati apa sahaja makanan bagi  menenangkan diri. Jadi, sebaiknya apabila anda stress, carilah aktiviti lain yang untuk meredakannya, misalnya bersenam.



(**)Menopause
(**)Memasuki saat- saat menopause, kaum wanita tidak lagi seaktif seperti zaman remaja dahulu.Sistem metabolisme pada tubuh jadi lambat dan sistem hormone juga akan berubah (hormon estrogen semakin menyusut), sehingga menyebabkan timbul nafsu makan yang berlebihan, depresi serta sukar tidur. Jadi, mana-mana wanita yang bakal melalui saat menopause, anda disarankan untuk bersenam secara teratur. Ianya bukan sahaja bermanfaat untuk kesihatan anda, malah turut membantu supaya berat tubuh anda agar terus stabil serta menguatkan sebahagian daripada tulang anda.



(**)Diet Yang Keterlaluan
(**)Diet yang extreme dengan tujuan untuk menurunkan berat badan secara drastik dalam waktu yang singkat merupakan cara yang tidak efektif.Cara ini tidak melatih tubuh untuk membakar kalori yang banyak dalam jangka masa panjang. Akibatnya,makanan yang anda makan tidak akan terbakar sepenuhnya dan kesannya berat badan anda akan naik kembali dengan cepat.



(**)Masalah Kesihatan
(**)Selain itu, penyebab gemuk lainnya adalah ‘hipotiroidism’. Keadaan ini berlaku disebabkan masalah tubuh yang disebabkan kurangnya pengeluaran oleh hormon tiroid didalam tubuh seseorang. Kekurangan tiroid ini boleh mengakibatkan metabolisme pada tubuh menjadi kurang lancar, nafsu makan juga menurun serta pertambahan pada berat badan. Antara tanda-tanda ‘hipotiroidism’ ialah mudah penat dan lesu,suara menjadi serak, mudah diserang selsema,kerap mengantuk (menjadi kuat tidur) atau kerap pening kepala.



(**)Pengambilan Ubat-Ubatan Tertentu
(**)Ternyata pengambilan ubat-ubatan tertentu boleh menyebabkan pertambahan berat badan. Kesan setiap jenis ubat memang berlainan untuk jenis penyakit. Ada yang boleh menyebabkan ngantuk, menambah keinginan makan, merubah gula darah jadi lemak dan juga kesan-kesan seumpamanya yang lain. Jadi, apa sahaja ubat atau vitamin yang anda makan, dapatkan dahulu nasihat daripada doktor. Jangan sampai salah memilih ubat kerana secara tidak disedari anda mengumpulkan bahan kimia di tubuh anda selama mengamalkan pelbagai macam jenis ubat-ubatan tersebut.



(**)Kurang tidur
(**)Ada beberapa perkara yang membuatkan kurangnya waktu tidur saling berkait rapat dengan pertambahan berat badan.Ketika anda kurang tidur, terjadi peningkatan kadar hormon dalam tubuh yang boleh meningkatkan rasa lapar dan nafsu makan. Selain itu, tidur lambat juga boleh membuka ruang untuk anda menikmati makanan ringan pada malam hari sehingga menambah timbunan kalori di dalam tubuh.Kurang tidur juga membuat anda cenderung memilih sembarang makanan seperti goreng-gorengan daripada menu sihat seperti buah-buahan.


EmoticonEmoticon