Tuesday 10 May 2016

6 Gaya Solekan Tepat Buat Anda Yang Berkulit Gelap

Tags


(**)Ramai wanita berkulit gelap berasa kecewa dan rendah diri.Tapi, percayalah warna hitam itu sebenarnya manis! Cuma anda perlu bijak memilih gaya solekan yang tepat.


(**)Jika anda mengikuti tips gaya solekan berikut, anda yang berkulit hitam manis pasti dapat tampil dengan lebih cantik dan menawan.


(**)1. Pilih  Foundation Yang Tepat

(**)Agar sukar untuk memilih foundation yang tepat  dan ramai wanita mengalaminya serta membuat kesilapan. Bagi anda yang memiliki kulit berwarna gelap, anda disarankan memilih dua jenis foundation. Kemudian anda campur ia menjadi satu dan ia akan memberikan hasil warna yang kelihatan lebih natural serta melekat pada kulit anda. Hasilnya, kulit wajah anda akan nampak lebih bersih dan lembut seperti warna kulit asal.



(**)2. Penggunaan Bedak

(**)Terdapat dua jenis pilihan bedak. Jika anda mempunyai kulit jenis kombinasi atau berminyak, anda disarankan memilih bedak tabur. Manakala untuk kulit normal, anda pilihlah bedak padat. Bagi pemilihan warna bedak pula, sebaiknya gunakan yang agak gelap. Biasanya setelah diaplikasikan ia akan kelihatan lebih terang di kulit.



(**)3. Jangan Lupa Gunakan Bronzer

(**)Supaya tampak lebih eksotik, sapukan blusher dengan menggunakan bronzer serta hindari pemilihan warna yang terlalu merah dan pink kerana ia boleh membuatkan wajah anda kelihatan seperti badut. Warna bronzer akan menjadi shading yang cantik serta akan mengangkat tulang pipi anda.

(**)Untuk menyerlahkan lagi tekstur kulit anda, sapukannya di sepanjang tulang pipi. Sapukan hingga ia kelihatan merata dan tidak nampak bertompok-tompok di kulit.



(**)4. Memilih Warna Lipstik

(**)Sebaiknya hindari warna-warna yang terlalu terang dan pucat. Warna seperti burgundy, merah, coklat dan plum adalah pilihan yang tepat. Ia mampu membuatkan wajah anda kelihatan lebih manis dan tampak dinamik sebaik sahaja disapu pada bibir anda.



(**)5. Eyeshadow Pilihan

(**)Penggunaan eyeshadow akan mempercantikan lagi gaya solekan mata anda. Pilih eyeshadow  yang mampu membuatkan penampilan anda nampak lebih istimewa. Warna yang sesuai untuk anda yang berkulit gelap ialah ungu, chopper, biru dan hijau

(**)Jika mahu, untuk kelopak mata bahagian atas, pilihlah warna coklat terang. Manakala di lipatan kelopak mata, gunakan warna coklat gelap dan baurkan keluar. Ia akan membuatkan mata anda nampak ‘dalam’ dan tajam.



(**)6. Memilih Pensel Kening

(**)Agar kening anda kelihatan lebih kemas dan semulajadi, hindari penggunaan pensel dengan warna hitam kerana ia boleh menciptakan kesan garang. Sebaiknya, gabungkan sahaja warna coklat dengan hitam sehingga menggoreskan kening yang natural dan eksotik.



(**)Tips Ekstra!

(**)Buat anda yang memiliki kulit gelap, perlu menghindari mekap berwarna terang serta yang terlalu pucat. Gunakan ‘pop color’ untuk bereksprimen serta membuatkan kulit anda kelihatan lebih manis dan menggoda.


EmoticonEmoticon