Friday 6 May 2016

4 Kebaikan Bila Anda Pakai Serum Rambut

Tags


(**)Ia adalah suatu cecair yang digunakan pada rambut atas beberapa tujuan tertentu.


(**)Jika anda berkunjung ke mana-mana saloon dandanan rambut misalannya, sudah pasti anda akan ternampak rak-rak yang dipenuhi oleh beberapa jenis serum rambut samada dalam bentuk botol ataupun kapsul yang kecil.



(**)Namun, berapa ramaikah yang menggunakan serum rambut ini? Kebanyakan mereka yang menggunakan serum rambut ini terdiri daripada kaum wanita samada yang bertudung mahupun tidak, selain menggunakan produk-produk syampu atau perapi rambut yang lain. Ketahui manfaat menggunakan serum rambut di sini.



(**)Manfaat Serum Rambut

(**)Memberi kesan lurus pada rambut
(**)Tidak dinafikan kalau keadaan rambut yang kusut masai, tidak terurus dengan baik dan juga kusam mampu nampak seolah-olah lurus kembali selepas memakai serum ini. Serum mampu membuatkan rambut nampak sihat dan lebih terurus.



(**)Merawat rambut rosak
(**)Serum rambut sememangnya lebih baik malah lebih efektif dalam merawat kerosakan rambut. Kerosakan rambut yang dimaksudkan itu biasanya disebabkan oleh cahaya matahari, penggunan pengering rambut, rambut bercabang dan kering.



(**)Melembabkan rambut
(**)Penggunaan serum secara tidak langsung dapat melembabkan rambut. Walaupun penggunaan serum rambut ini khusus untuk rambut yang rosak, namun tidak salah untuk diamalkan kerana kelembapan yang sesuai amat perlu dalam menjamin kesihatan rambut supaya nampak sentiasa sihat dan tidak kering. Rambut yang kering sangat mudah untuk rosak dan terdedah pada ancaman rambut bercabang.



(**)Melindung dari sinaran UV
(**)Ramai mengetahui bahawa sinaran UV mampu membuat rambut kita rosak. Penggunaan syampu tidak mencukupi untuk melindungi rambut. Maka penggunaan serum amat sesuai sebagai perisai dari teriknya panas matahari.


EmoticonEmoticon