Friday 20 May 2016

4 Cara Mudah Kawal Marah Bila Anak Degil!

Tags


(**)Membuat anda supaya mendengar kata-kata anda dan pasangan sememangnya tidak mudah.

(**)Namun, ada beberapa cara yang boleh anda dan si dia praktikkan agar anak mahu mendengarnya. Tapi sebelum itu, jom ketahui cara kurangkan marah pada anak degil.

(**)Pengalaman menjadi seorang ibu bapa bukanlah mudah untuk mendidik dan juga menjaga anak. Kadang-kala kanak-kanak sering degil kerana ingin mencuba apa saja yang dilihat di kawasan persekitaran. Kadang-kadang anak degil juga tidak mendengar kata membuatkan ibu bapa hilang sabar.

(**)Lazimnya, ibu bapa akan membuat memek muka yang menakutkan si anak. Tahukah kamu ia menjejaskan perkembangan emosi dan mental kanak-kanak. Justeru, ibu bapa harus memberi lebih tumpuan dan kasih sayang kepada mereka.

(**)Jom Ketahui Cara Untuk Kurangkan Rasa Marah Anda Pada Anak Degil:

(**)1. Berfikir Dahulu Sebelum Memarahi Anak

(**)Sebelum memarahi anak fikirkan jika anda dimarahi sedemikian. Fikirkan secara rasional, anda juga tidak mahu dimarahi.
(**)Memberi nasihat kepada mereka jangan diulangi kesilapan itu. Buatkan mereka faham perkara yang dibuat itu adalah salah, berdosa atau sebagainya.


(**)2. Mendidik anak dengan cara yang betul

(**)Didik anak anda secara lemah lembut, gunakan ‘eye contact’ pandangan mata ketika berkomunikasi.
(**)Didik anak anda dengan rasa sayang melalui tindakan mimik muka, barulah anak merasai kehadiran anda dan bukan sebaliknya.
(**)Didik anak dengan kata-kata positif, jangan membezakan anak anda dengan orang lain. Ini kerana keyakinan mereka akan merundum.


(**)3. Memberikan Tumpuan Kepada Anak

(**)Berikan tumpuan terhadap kelebihan si anak, jangan cepat melenting jika mereka tidak memahami perkara itu. Sebaliknya, ajari mereka agar boleh lakukan.
(**)Si anak juga mempunyai kehendak, keinginan serta permikiran mereka sendiri. Anda cuma tumpukan perhatian dan membimbing ke arah yang betul.


(**)4. Elak dari Mengeluarkan Kata-Kata Negatif

(**)Elakkan mengeluarkan kata-kata negatif kepada anak anda. Ini akan membuatkan dirinya berasa tidak di sayangi dan akan cenderung kepada pembesaran budaya negatif pada masa hadapan.
(**)Jangan mengutuk atau menjatuhkan maruahnya di depan ahli keluarga, kawan-kawan atau sanak saudara.
(**)Banyakkan membaca ayat Al-Quran, ini kerana ayat Al-Quran mampu melembutkan hati anak-anak anda.


EmoticonEmoticon